Sunday 21 December 2008

Tag...........about myself

Haruslah akak kena tag ngan fazilah kan....Tapi buatlah jugak kan coz akak pun dah lama tak update blog...

Nama timang-timangan anda dari orang tersayang.....
Family : Akak (Adik2)/ Fiza (Mak & Abah) / Along (Family Mak) / Ja (Family Abah)
Kawan2 : Fiza / Debab (kawan2 ktime kecik2 dulu)

Anda seorang yang.....Kekuatan and Kelemahan...
Kekuatan akak...apa yer...akak ni pandai motivate orang kot and peramah...
Kelemahan akak...terlalu susah nak marah orang and sangat senang terasa hati n nangis....

Makanan and Minuman Favourite Anda.....
Makanan : Makaroni Goreng and Telur (every type of telur okeh)
Minuman : Nescafe Tarik / Nescafe O panas

Favourite Colour.....
Brown

Favourite Song.....
1. Mostly lagu Mariah Carey...latest - Bye Bye
2. Uji Rashid - Semakin Hari Semakin Sayang (Ni lagu karaoke akak..)

Siapa yang membuatkan anda tergelak.....
1. Anjas (dari dulu sampai sekarang, kalau akak sedih, akak akan call dia sebab dia jer yg boleh buat akak gelak ketika sedih...walaupun sekarang dia jauh kat australia..)
2. Kawan2 UiTM - Afiq & Apis (Diorang ni kembar setan, so asyik nak tergelak bila tengok diorang)

Siapakah yang membuatkan anda stress.....
1. Bard (sebab dia tak paham2 perasaan akak inih)
2. Boss kecik & Boss Besar kat opis...(biasalah kan stress ngan boss)

3 benda yang mesti ada dalam beg anda.....
1. Purse
2. Handphone2 akak..
3. Apa2 yg boleh memberatkan handbag sebab akak tak suka bawak handbag ringan gitu..

Kali terakhir anda beriya-iya menangis. Kenapa?
Bila yer...akak ni selalu nangis so akak pun tak ingat bila...abaikanlah yer..

Perkara paling lucu dan memalukan dalam hidup anda.....
ialah sewaktu akak kuar ngan rakan2 belajar akak ke sunway pyramid bulan 10 rasanya...kitorang gi harvey norman then akak ternampak kerusi yg ala2 kerusi malas tu, so akak pun duduk and ejas2 lah kerusi tu...salah ejas, kerusi tu ternaik tempat letak kaki, then bila akk nak bangun, tak terbangun...semua orang harvey norman tu dah jeling2 akak...kawan2 akak beria2 menolong nak tarik akak...malu sangat tapi bila pikir balik, akak tergelak sorang2....

Tag 6 rakan anda.....
Akak tak tau nak tag saper...kalau...
Fazilah..- dah tentu dia yg tag akak kan takkan akak nak tag dia balik
Filla - Fazilah dah tag dia
Anjas - Dia mesti tak kuasa nak layan tag akak ni..
So, kesimpulannya biarlah tag ini berakhir disini...(nampak sangat akak tak ramai kawan dalam blog...)

Oklah, sampai sini sahaja entry akak dikali ini...Jumpa lagi..Adios

~Ganbatte Kudasai~

Monday 1 December 2008

malam bulan di pagar bintang..

Salam semua...

Kenapa tajuk entry akak ala2 jiwang ni??? Bukannya apa...malam tadi memang betul pun bulan dipagar bintang....Bulan malam tadi kat tempat akak ala2 bulan sabit and kedudukan bulan itu macam mulut yang tengah tersenyum kemudian ada 2 bijik bintang berkelipan di atas macam mata yang tersenyum....dari jauh nampak macam bulan ngan bintang tu tengah senyum kat kita....so peacefull....

Balik ke kisah bard plak..semalam semua orang tengah sibuk nak beli emas then sorang minah nama mawa ni tanyalah dalam email "semua orang nak beli emas ke?? oklah tu..." then si bard ni gi balas and tanya " mawa nak emas gak ker???..." seolah2 dia nak belikan plak...kat akak ni tak pernah la plak nak tanya macam tu walaupun dia tahu akak nak sangat cincin poh kong itew...korang mesti kata yang akak ni emosi terlampau kan...lantakla....lepas tu akak yang balas kata macam ni "hah mawa...cakap jer ko nak emas tu..bukan senang bard nak offer..."..lepas tu bard balas macam ni "bukannya nak belikan pun...just tanya jer....tak payah nak risau...."...hehe terus tarik balik sentap akak kat bard....nasib pandai pujuk...

Oklah, akak nak kuar lunch ni...ada kawan akak nak belanja makan pizza hut...murah rezeki akak minggu ni...asyik ada orang belanja jer...alhamdulillah...jumpa lagi ok...daaaaa

Adios
Ganbatte Kudasai

Tuesday 25 November 2008

mari pergi bercuti...

Selamat pagi....kenapa akak sekarang rajin update blog???? akak sendiri nan ado jawapannya...
akak tiba2 rasa macam nak pergi bercuti sorang2 untuk menenangkan jiwa akak yang tengah kacau ini...kacau disebabkan apa, akak sendiri pun tak tahu...perkataan "tak tahu" itu telah menjadi sangat sinonim dengan diri akak...seringkali kalau rakan2 baik akak terutama fazilah bertanyakan sesuatu kepada akak, jawapan yang akan keluar dari mulut akak ialah "tak tahu", "manalah aku nak tahu", "kau ingat aku tahu ker semua ni"...bilalah agaknya jawapan akak akan berubah kepada "hah aku tahu bla bla bla..."...akak ni jenis yang malas sebenarnya nak ambil tahu atau ambil pusing keadaan sekeliling akak...sebabnya keadaan dalam diri akak pun kurang terjaga inikan pulak nak sibuk keadaan sekeliling...

balik kepada cuti, fazilah ada ajak akak pergi cameron highland bersama filla and mazuan...akak boleh saja memandangkan cameron highland itu memang tempat percutian yang akak suka...suasananya yang sejuk dan nyaman...boleh merehatkan tubuh badan dan minda yang letih...sesuai jugak untuk mengubat hati yang lara...(lara ker hati akak???)...

pagi tadi akak bukak website air asia gitu...starting next year dia buat flight gi london...akhirnya, penerbangan yang memang akak tunggu2 telah tiba...akak call father akak, dia kata guna duit sendiri kalau nak pergi...huh keji sangat padahal memang patut pun...akak telefon fazilah jugak yang tengah sedap tidur...jawab pun hmmmm jer...akak tau dia tak dengar pun apa akak cakap kat dia...sorrylah fazilah, akak terlalu excited tu yang nak bagitau semua orang....marilah kita melawat london tahun hadapan...tambang just RM1500++++ sahaja pergi dan balik...***motip letak sahaja???

oklah, akak nak sambung kerja...bos kecik akak dah jeling2 gitu..argh pegi mampuslah..akak dah siapkan kerja akak so apa dia nak kesah kan...tapi tetaplah akak berenti disini...

adios
ganbatte kudasai

hikayat seribu malam

hi...mood akak hari ni tak menentu okeh...dahla akak email ngan budak2 shah alam n bard hari ni kurang memuaskan hati....akak nak cincin poh kong itew!!!! ceritanya begini, akak ada tersuka satu cincin emas ini yang akak lihat di poh kong sunway....akak sangatlah berminat dengan cincin itew tapi akak kurang mampu untuk membelinya..so, akak meminta unuk bard membelinya untuk akak gitu tapi nan ado..dia kata semuanya bergantung pada harga emas semasa...haruslah sekarang akak takkan dapat cincin itew coz harga emas sedang naik dengan mendadak gitu...and baru jer tadi bermessage dengan bard and dia mengatakan yang sekarang ini dia tengah teragak2 nak beli lappy asus yg dia idamkan kerana terfikir sangatlah susah nak kumpul 2000++ itu...rasa macam sayang pulak duitnya itu...so, akak pun katalah yang tak rugi pun beli lappy itu and akak berjanji takkan mintak dah cincin poh kong itu...konon nak buat baiklah kan...time tu jer akak rasa akak ni baik sangat tapi sekarang akak rasa menyesal gitu...akak nak cincin poh kong itew!!! huh takper, akak akan kumpul duit untuk beli cincin itu sendiri..(motip berangan nak simpan duit konon, padahal nak cukup sampai hujung bulan pun susah...)..

tengah hari tadi akak keluar ngan fazilah pergi mines...teman dia ambik handphone canggih dia itew...canggihla sangat..**motip dengki...then fazilah belanja akak makan kat kfc...and apa yg akak nak cerita ialah tengah kitorang makan kfc itew, ada satu couple tengah makan di hujung kfc dan seperti sudah tak ada tempat lain, si perempuan bertudung itew makan sambil menghimpit lelaki itu...sakit mata akak okeh..bukan jealous okeh tapi meluat...akak bukan suka tengok orang buat ala2 benda tak senonoh di khalayak ramai ini...kalau nak buat jugak, "go n get a room" okeh...better than sakitkan mata orang lain..akak ngan fazilah merenung mereka sambil gelak2..padan muka diorang....**matilah busybody..

balik dari mines..akak kat opis nan ado benda nak buat sebab pagi tadi akak agak rajin n dah siapkan semua kerja awal..so, akak agak kebosanan lantas akak menyanyi2 seorang diri sambil didengari oleh technician2 akak..mereka menjerit2 minta akak berenti menyanyi tapi akak masih tak puas..lantas mereka menolak2 kerusi akak kesana dan kesini and last2 mereka semua mengugut akak untuk angkat kerusi sekali ngan akak kalau akak tak nak berenti menyanyi...**larat ker nak angkat akak yg comel ini...??...akhirnya aak kasihan hen akak berenti...hahaha...lawak di petang hari kan...maih sini akak nyanyi satu lagu...

"andai aku pandai menyanyi...
tua muda miskin dan kaya....
tentu suasana gembira..
mendengar suara merdu bagai buluh perindu banyak oang rindu...
ku penghibur hati duka..
hilang nestapa datang syurga...
bintang di balik awan senyum...
lalala...lalala..lalala...lalala....
lalala...lalala..lalala...lalala..."

oklah, itu saja cerita akak di hari ini....

adios
ganbatte kudasai

Monday 24 November 2008

I Was Born To Love You

I WAS BORN TO LOVE YOU - QUEEN
I was born to love you
With every single beat of my heart
Yes, I was born to take care of you
Every single day...
chorus:
I was born to love you
With every single beat of my heart
Yes, I was born to take care of you
Every single day of my life
You are the one for me
I am the man for you
You were made for me
You're my ecstasy
If I was given every opportunity
I'd kill for your love
So take a chance with me
Let me romance with you
I'm caught in a dream
And my dream's come true
It's so hard to believe
This is happening to me
An amazing feeling
Comin' through
chorus :
I wanna love you
I love every little thing about you
I wanna love you, love you, love you
Born - to love you
Born - to love you
Yes I was born to love you
Born - to love you
Born - to love you
Every single day - of my life
An amazing feeling
Coming through chorus
Yes I was born to love you
Every single day of my life
Go, I love you babe
Yes I was born to love you
I wanna love you, love you, love you
I wanna love you
I get so lonely, lonely, lonely
Yeah, I want to love you
Yeah, give it to me
Lirik kat atas ni ialah lirik lagu Queen yang bard suruh akak dengar...dia kata lagu ni sangat mendalam ertinya...akak pun tak tau nak cakap apa...and dia tak cakap pun lagu ni ditujukan untuk akak..so akak pun ala2 kadar jerla dengar...tak kena sangat ngan selera muzik akak tapi lirik dia boleh tahan best....
entahla, dahla petang tadi beremail ngan dia, akak rasa cam nak nangis pun ada...dia kata dia selalu jalan2 kat kilang dia n tanya kabar gadis2, tanya gadis2 itu dah makan ker belum?...so akak tanya dia kenapa dia ak pernah tanya akak pun semua tu (dalam gurau sebenarnya)..then dia balas yg akak ni dah reti carik makanan sendiri..dah besar panjang so buat apa dia nak tanya semua tu..then akak konon buat2 merajukla kan...akak katalah "baiklah, tak payahla tanya semua benda tu...tau carik makan sendiri...dah besar panjang.."...then lepas tu dia cakap "kita ni semakin berusia, sepatutnya kena lebih banyak berfikir...takkanla nak tunggu dia suruh baru nak makan...kalau dah boleh berdiri ngan kaki sendiri tu dah kira besar panjangla"...akak terus sentap rasa nak nangis....akak yakan jer...habis tu, akak bergurau dia ambik serius plak...
terus akak malas nak beremail dah...memangla apa yg bard cakap tu betul, tapi entahla...susahla kalau akak betul ngan dia...tak boleh nak mengada2 lebih2...yerla, last2 nanti akak yg sentap sendiri...huhu...
oklah, akak nak gi menenangkan fikiran dengan makan...(manalah akak tak kurus2...asal jiwa kacau jer, akak makan...)...huhu...
adios
ganbatte kudasai

Saturday 22 November 2008

tag....

akak kena tag oleh sahabat baik akak..fazilah namanya from "rambling nonsense ver 2"..
so, akak pun dengan gigihnya memblogkan diri di tengah malam yang hening ini untuk menaip entry ini.....here we go!!!!!

10 perkara tentang puan fazilah a.k.a ilot......

1. akak kenal dia since belajar diploma dulu....so, dulu dia ni tak pernah nak masuk wayang...tapi semenjak belajar di uk,bila balik malaysia, dialah teman akak yg paling setia untuk tengok wayang...perubahan yg baik untuk akak okeh..(matilah bukak rahsia minah ni...ampun!!!)
2. dia seorang yang sangat penyabar...penyabar ngan sikap akak yg gila2 ini...
3. dia seoarang yg sangat gigih dalam menghadapi segala dugaan yg melanda...(banyak tau dugaan dia ni...akak taulah semua sebab dah lebih 8 tahun akak kenal dia kan..)
4. dia seorang yg sangat pemurah sebab dia ni kalau ada duit selalu belanja akak makan...paling mahal dia belanja akak ialah di chillies mid valley..makan berdua sampai rm100++++...
5. dia seorang yg boleh diharap untuk membantu rakan2 sewaktu kita dalam kesusahan..paling latest dia pinjamkan akak duit untuk buat thai foot massage kat jusco seremban 2 petang tadi...
6. dia seorang pendengar yang baik tapi seorang penilai yg kurang baik...haruslah kerana setiap kali akak kata suka kat sesiapa, dia akan kata akak punya taste sangatla tasteless...tak patut betul...paling hampeh dia akan kata yg apa pun mohd rafi tetaplah yg paling taste...huh..
7. dulunya seorang yg agak selekeh tetapi setelah balik dari uk, dialah yang paling bergaya diantara rakan2..tapi tetaplah tak secomel akak kan...
8. dia tengah sambung master kat upm tapi paling malas nak gi meeting ngan supervisor or buat research dia....asyik teringat mohd rafi jer, tu yg asyik selalu balik johor..*statement berani mati ni...larikkk!!!
9. dia ni kalau bab kuruskan badan, serah kat dia...macam2 teori dia ada dan akaklah bahan ujikaji dia...akak selalu di bebel bila bab makan n akak yerkan jer...buatnya nan ado...matilah tak kurus2...
10. dia ni duduk dekat sangat ngan umah akak tapi akak selalu paksa dia tido umah akak jugak..so orang kat kawasan umah akak pun dah familiar ngan dia n kete dia (bunga cinta lestari tu)....

10 perkara tentang cik feeza....

1. walaupun usia akak dah 27 tahun ni, akak tetap perasan yang akak ni muda..(young at heart okeh)...
2. dikalangan rakan2 rapat akak, akak seorang sajer yang masih single...huhu..
3. akak sangatla penyabar orangnya sampai orang buat apa kat akak pun akak tetap diam...
4. akak ni tak reti nak marah orang...kalaupun akak marah, nanti akak rasa bersalah then akak gi mitak maaf balik sebab marah orang tu...
5. akak tak reti nakb sembunyi perasaan akak...ketara sangat kat muka akak...
6. akak suka sangat menyanyi walaupun suara akak tak sesedap mariah carey...
7. penyanyi paling akak minati haruslah mariah carey coz lagu dia best2....
8. akak sekaang suka kat sorang mamat nama ****....hehe korang bacalah entry sebelum2 ni sure tau saper dia...
9. akak suka makan masakan mak akak tu sebab akak susah nak kurus....**statement tak munasabah bagi sesetengah orang...
10. akak sangat sayang keluarga and sahabat handai akak...**motif tiba2 emosi terlampau....hehe...

oklah,
akak malas nak tag benda ni tapi akak tetap nak tag jugak...
fazilah - aku nak dengar kutukan ko plak...
anjas - ko kawan aku paling lama so sajer nak tengok ko ingat kat aku lagi tak..

adios
ganbatte kudasai



Thursday 20 November 2008

Bijak...bijak....

Akak bingung sekarang.....hehe...hari ni akak banyak kerja...rajin giler akak buat kerja...tak pernah rasanya akak rajin buat kerja kebelakangan ni...huhu...email office akak penuh ngan email budak2 shah alam...mereka mengatakan yang akak tak membalas email mereka disebabkan akak berprivate message ngan bard sedangkan hakikatnya akak sibuk meeting n buat kerja...bard pun tak balas email kerana berada diluar office...kasihan kami berdua di tuduh begitu..huhu...

Tapi takpe, bard dengan bijaknya telah menghantar satu email menerangkan kenapa dia tidak membalas email dan dengan bijaknya sangat telah memberitahu sekali kenapa akak tak dapat membalas email mereka...dan menyatakan yang kami berdua tidak beremail berdua cuma bertext message pada waktu tengah hari...bukankah itu satu tindakan yang sangat bijak untuk memberi modal kepada yang lain untuk mengenakan kami berdua keesokan harinya...kalian semua pasti rasa bosan ngan entry kali ini tapi takperlah...akak bukan selalu rajin nak tulis entry so kalau akak dah tulis ni, kira bertuahla tu...siapa, mana or apa yang bertuah bukan persoalan disini....

oklah, akak pun dah kering nak tulis apa ni..sebelum akak melalut tak tentu hala, lebih baik rasanya akak mengundurkan diri...jumpa lagi di entry yang lain...

adios
ganbatte kudasai

Monday 17 November 2008

hatiku berbunga-bunga....

hari ni kan akak feeling2 happy sangat tau....nak tau tak kenapa akak happy???? orang yang akak suka sangat tu, bard tu..dalam email dia tanya akak something...ni akak quotekan apa yg dia tulis okeh...

"Soalan cepu mas Fiza.. kalu aku suke kan ko camne plak..? Adekah ko selalu menemani aku makan.... Adekah ko akan merindui ku di kala malam menjelma... Huhuhuhu....
Bad Victor Company"

hah kalau korang jadi akak, korang suka tak?? tapi akak tau dia bergurau jer sebab dia tanya pun time tu email loop kawan2 akak sekali....so, open and terang2..tak mungkin dia betul2 suka kat akak....akak kena cakap macam tu kat diri akak supaya akak tak terbawak2 feeling ni...takut kalau terluka lagi dan keciwa....hahaha
okalh, itu jer akak nak kongsi kali ni.....korang doa2kanlah apa yg dia cakap kat akak tu terbit dari hati dan perasaan dia yang sebenar okeh...hahaha....

oklah adios
ganbatte kudasai

Sunday 16 November 2008

Hujan.....


"Hujan yang turun bagaikan mutiara..."
Sedap tak akak nyanyi???? (Motif tanya sedap ker tak padahal nan ado suara...)- matilah akak dah terikut lagi cara penulisan si fazilah n fila ni....ah lantaklah....okeh, gambar ni akak ambik waktu tengah sibuk study kat fakulti minggu lepas....hujan petang tu sangatla lebat sampai kitorang kat dalam kelas ni rasa tidur tu amatlah nikmatnya....tapi nasib baik iman kitorang masih menebal di dada ini, so kitorang gagahkan jua untuk study....tapi hari tu sebenarnya akak langsung tak boleh nak concentrate apa yang akak studykan...last2 malam tu akak mengadu ngan bard pasal tak boleh nak concentrate ni...(kisah bard ada di bawah okeh..)...bard pun nasihatla akak...akak ni kalau orang lain nasihat bukan akak dengar pun...tapi kalau orang tertentu nasihat, akak bolehla nak dengar jugak....bukan kerna akak gedik atau apa...cuma akak ni mengada sikitlah....hehe (matilah mengutuk diri sendiri)..




haha....ni gambar akak yang agak gedik duduk disamping bard yang manis....haha...aku nak tanya pendapat korang yg membaca diluar sana...manis tak senyuman mamat yang duduk sebelah akak ni????(nama dia bard)...manis tak???ker senyuman akak yang lagi manis??? hahah matilah perasan sendiri.....ni akak bukan tengah date okeh...akak tengah study bagai nak giler then tiba2 teringat ada bawak kamera so kitorang pun snaplah sekeping dua gambar....akak terasa sangat cerah dan berseri muka akak time nih....matilah perasan sendirik lagi....





ni gambar bard close-up...so, saper berani cakap dia senyum tak manis angkat tangan okeh...senang akak nak pelempang sekali....hahaha...gurau okeh...fazilah n member2 rapat akak yang lain semua kata akak ni kalau berkenan ngan orang, semua sepesen jer...lebih kurang jer muka diorang...tapi nak buat cam maner...dah itu taste akak....huh akak ni sekarang dah merdeka...unruk sementara lah merdeka sebab dah habis final untuk semester ni....huh lega pun ada, takut pun ada...lega sebab dah habis satu sem, takut sebab risau ada paper yang sangkut sem ni...anyway, akak tawakal jer coz akak dah buat sehabis baik....kalau nak kantoi gak paper, akak redha....mungkin ada hikmahnya...kita tunggu dan lihat sahaja...okla, akak nak sambung buat kerja ni....(motif tiba2 rajin???) jumpa lagi bila akak rajin nak tulis blog...

adios...
ganbatte kudasai....

Thursday 30 October 2008

luahan hati 1

Halooo....hari ni emosi akak agak merundum...rasa macam nak nangis pun ada ni....
Mana ngan akak tertekan ngan bos kecik akak, bos besar akak, kuli kecik akak and kuli besar akak....senang kata akak tertekan ngan orang disekeliling office akak ni...diorang ni suka buat akak rasa macam nak hantar surat resign sekarang jugak....hurgh tensionnya....
Mana ngan study lagik...tapi tak boleh nak salahkan akak study sebab ngan study nilah yang insyaAllah boleh menjamin kehidupan akak di kemudian hari...huhuhu...
Satu lagi, akak ni merajuk ngan adalah mamat tu, tapi bila dia buat endah tak endah, akak plak yang gi mintak maf kat dia n rasa bersalah sebab merajuk at the very first place...so, akak sekarang tengah marah kat diri sendiri nih...kalau tengah merjauk tu buatlah cara merajuk, tak payahla gatal nak rasa bersalah plak...hish akak tak paham kenapa akak ni cepat rasa bersalah n nak mintak maaf kat orang lain...akak cuba nak jadi keras hati tapi tak boleh....keji sangat...oklah, akak nak kuar jap...gi bank...duit dalam wallet tinggal sen jer, duit kertas dah illek...oklah sampai berjumpa lagi di luahan hati akak yang lain....

adios

Wednesday 29 October 2008

kepala dah mereng sikit...

hah akak sekarang ni kat fakulti kejuruteraan elektrik tingkat 14 bilik number 1...tengah bersengkang mata untuk study math 455....huh akak final exam paper math tu 4hb november nanti...banyak giler tak study n cover lagi ni...rasa macam nak hantuk kepala akak kat dinding pun ada ni...jap lagi akak nak gi makan kfc plak...huh perut akak memang tengah lapar ni...rasa macam nak dapat gstrik pun ada ni(motif tiba2 nak gastrik)....ni kat depan akak ni ada 3 jejaka yang kepala tengah mereng...farhan pun ada kat sini sekali...yang 2 orang mamat ni tengah sedap layan rokok...yang sorang ni ada kat depan aku buat muka toyo dia....tengah marah aku tentang budi bahasa...rasa nak pelempang dia ni pun ada..(motif mengumpat orang depan2 ni???)...haduh, ya tuhanku, kuatkanlah semangat akak ni untuk menghadapi exam yang bakal tiba ini.....luluskanlah akak ngan cemerlangnya...(motif nak lulus ngan cemerlang tapi study sikit????)-kang pelempang diri sendiri baru tau....oklah, aku rasa kepala aku ni pun dah ikut mereng macam kepala otak budak2 ni...oklah, akak chow dulu sebelum akak jadi kurang siuman...semua, doakan akak ya...

adios...
ganbattee kudasai

Friday 24 October 2008

Open House Raya









hah ni akak nak citer pasal open house raya yang telah berlangsung pada awal hari raya ari tu...tapi bukannya open house raya umah akak ok...ni open house raya geng2 plk uitm akak....kalau tengok gambar2 yang akak attach kat atas tu, yang nasi n lauk banyak2 tu untuk makan tengah hari and yang masak lemak tu, akak yang masak sendiri tau....kagum akak pada diri sendiri...lepas tu tengok gambar yang lagi dua tu, tu gambar tetamu2 yang hadir pada open house itew....ganteng2 tak jejaka2 yang kat tepi akak tu.......semangat tak diorang tu semua pakai baju melayu siap samping n songkok bagai...akak kagum ngan semangat diorang uolls...to filla, mereka ni ada yang available tau so uolls tengok2lah, mana tau yang u berkenan tu i boleh tolong rekemenkan....tapi yang pakai baju melayu kuning tu iolls punya ok....gambar yang ada bendera malaysia tu plak, kitorang nak hantar kat utusan malaysia tahun depan untuk segmen salam perantau....ok tak uolls...apsal akak dah terikut2 bahasa fazilah and filla ni??? tak mengerti i tau....oklah, nanti2 i update lagi blog i ni yer...maklumlah, akak ni agak sibuk dengan study akak..maklumlah awal bulan depan, akak dah nak final exam....doakan akak selamat dan lulus dengan cemerlang okeh....
adios

Sunday 14 September 2008

Sabtu yang sibuk....






Salamz...



Hari ni akak nak bercerita tentang hari sabtu akak yang penuh...(Peringatan : Entry kali ni panjang sangat so bawaklah bekal kat sebelah tu yer in case lapar ker dahaga ker..)

Start dengan sahur di awal pagi, seawal 5 pagi...akak sebenarnya rasa macam tak nak bangun sahur pun ada gak disebabkan keletihan yang amat sangat hari sebelumnya...tapi bila teringatkan bukan selalu bersahur bersama keluarga tercinta, akak gagahkan jua...penat mother akak masak....
Lepas sahur, akak tunggu subuh..Lepas jer subuh, akak bantai tidur sampai pukul 11 tengah hari..itupun sebab adik akak bukak tv so suasana agak bising dalam bilik tu yang tak boleh nak lena sangat...bangunla akak mengadap tv sama...
Tepat jam 1, kawan akak fazilah sms remindkan pukul 2 nak keluar ngan dia and husband dia gi bukak puasa kat shah alam...jangan pulak kalian terkejut, bukannya akak nak direct ke shah alam...apa kejadahnya nak sampai awal kat shah alam, bukak puasa tetaplah pukul 7 lebih kan...kitorang singgah dulu nilai, gi tailor baju akak ambik baju raya....(yahoo..baju raya dah siap!!) Lepas tu kitorang gi sepang ambik tiket moto GP...bukan tiket akak yer...tak kuasa akak nak tengok lumba motor...dahla panas terik, kulit akak ni sensitif ngan cahaya matahari..(berlagak ala2 kulit putih tapi tak sedar diri kulit tu dah nak hangus pun ada)..fazilah and husband dia yang nak menonton motor GP tu...haruslah akak yang tunjuk jalan kan....
Lepas tu akak bertolak menaiki kereta ke putrajaya...rumah kawan fazilah nama dia filla...filla ni jurulatih kebangsaan pasukan sepak takraw malaysia...dahsyatkan...mak dia akak panggil auntie..lepak kejap sampai pukul 5 lebih borak2 ngan filla and auntie...satelah sampai waktu 5 lebih itu, kami bertiga bertolak menuju ke destinasi seterusnya..dalam perjalanan baru terperasan yang laptop fazilah tertinggal kat umah filla..nak patah balik, malas..so kitorang decide nak singgah ambik waktu balik bukak posa nanti....
Akhirnya akak sampai jugak ke shah alam...kitorang terus menuju ke hotel crown royale...tapi sempatlah akak and rombongan menyinggah ke tesco kat sebelah hotel tu...fazilah beli tudung terus pakai sebab tudung yang dia tengah pakai tu ala2 macam nak tercabut jer..kurang selesa katanya...akhirnya kitorang pun jumpa kawan2 fazilah yang lain kat dalam hotel lobby...(untuk pengetahuan semua, majlis berbuka kali ini dianjurkan oleh azlee sempena chef wan yang bakal berangkat pergi ke manchester, uk untuk melanjutkan pelajarannya...ala2 farewell party la kiranya)...makanan boleh tahan...
Setelah puas memenuhkan perut akak ini, kitorang pun pulang..on the way pulang jam di tangan sudah menunjukkan pukul 9.45 malam...akak sampai putrajaya dalam pukul 10.15 malam...tiba2 timbul idea gila, karaoke...terus akak call partner karaoke akak (amirul) ajak gi karaoke ngan fazilah and husband...am ok jer...kitorang karaoke 21 lagu..akak yang demam2 ni dahla suara rock ada hati nyanyi lagu langit ketujuh...haruslah lepas tu rock giler suara akak...akak suka sangat dengar am nyanyi...paling best dia nyanyi lagu yang akak suka...lagu biarlah bulan bicara by broeri marantika...last sekali akak ngan am duet nyanyi lagu nikmat hari raya....haruslah pukul 12.30 pagi baru beredar dari putrajaya...sampai rumah dekat 1.30... sampai jer rumah, akak terus tidur tak ingat dunia....sebab akak dalam dunia akak yang akak cipta sendiri....
itulah saja cerita akak pada hari ini....kat atas tadi akak attachkan gambar2 aktiviti akak sepanjang hari sabtu itu...adios.

Thursday 11 September 2008

Bandung trip....

Salamz....

Pagi ni akak nak cerita pasal trip akak ke bandung, indonesia last month...motif akak baru nak citer padahal dah sebulan berlalu...maklumlah baru berkesempatan nak tulis entry kat blog ni..oklah, back to the main story...

akak gi sana 4 hari 3 malam...tidur kat perdana wisata hotel...harga package yang akak dapat untuk 4 hari 3 malam inclusive of hotel, tour van, tour guide, makan 3 kali sehari ialah RM450 seorang untuk twin sharing, kalau single room kena bayar extra sikit...RM600. yang akak kagum kat bandung ni ialah, semua tempat makan yang akak pergi kat sana tak kesahlah siang atau malam, semuanya cantik2 belaka...dia punya susun atur kedai sangat menarik perhatian dan makanan dia boleh tahanlah....

sampai bab shopping, akak just bawak tak sampai pun seribu duit malaysia so agak terbantutla akak nak bershopping sakan..tapi dapat jugaklah akak tempah satu skirt jeans yang agak murah iaitu RM80 hinggit...murah bagi akak yang kalau kat malaysia, nak jumpa skirt yang saiz akak memangla satu malaysia cari pun belum tentu jumpa and kalau tempah pun haruslah harganya mencecah ratusan hinggit...selain dari tu dapatlah akak membeli beberapa barang lagi seperti tas tangan, wallet, kaca mata hitam, kain baju raya 4 pasang, telekung 4 pasang, and souvenier lain....

akak merasa buat spa kat bandung..huh lega bangat dapat buat spa...akak buat spa baliness and adik2 akak ada yang buat spa coklat, ada yang buat spa herba....akak punya harganya RM85 yang kalau kat malaysia haruslah cecah paling kurang rm150...adik akak yang buat spa coklat tu pun murah giler..kalau dia buat kat malaysia, harga cecah rm300 sekali buat..tapi di bandung, juat rm150 jer...murah kan..terasa sekejap macam orang kaya bila akak kat sana...ala2 macam mat saleh kalau kat bumi malaysia ni lah kan...

gambar kat dalam pendrive tapi member akak tengah pinjam so nanti2lah akak upload gambar bandung tu....

p/s : tahun depan nak gi jakarta and bandung lagi coz father akak suruh bawak mak akak jalan2 kat sana pulak....(haruslah bandung tu jadi destinasi percutian wajib setiap tahun kan...)

adios

Ramadhan...

Hah akak sebenarnya dah penat cakap orang putih, so nak beralih bahasa ke bahasa ibunda semula...dah lama rasanya akak tak memblogkan diri disini...almaklumlah...akak sangatlah sibuk semenjak dua menjak ni...nipun akak dah nak balik..sempatlah kan nak menulis entry ni..akak hari ni puasa and akak sangatlah teringin makan kuewteow goreng kicap tak nak sayur and telur mata...hehe favourite akak tu...

Semalam akak call australia cakap ngan anjas and wife...rindu giler akak nak bergelak ketawa ngan si anjas yang kepala otak dia boleh tahan keronya (matilah akak kutuk orang yang tengah ambik PHD veterinar)...macam2 lah yang diborakkan ngan wife dia and dia sendiri...

Oklah, akak nak balik dah ni...nanti lain kali akak cerita panjang sikit...

Adios...

Tuesday 29 July 2008

Tamaki Hiroshi

Halooo...just finished watching another sad love movie..japan movie actually which the lead actor again is my beloved 'Tamaki Hiroshi'..why on earth that i haven't notice him before..uhhhh so in love with him right now.
its like if i'm having him by my side right now, i'll never want to move even an inch away from him...haha..fazilah, if u're reading this post, i will like to add this tamaki to my you know what list...haha..let me tell u a little bit about the movie called 'Tada, kimi wo aishiteru' when translated to english become 'just, loving you'..its about this two just being friend in university end up having special feeling to each other..but at first, tamaki didn't ave any feeling to this girl..just the girl admitting that she has feelings to tamaki..until this girl ran away from home and tamaki offer her to live together with him. and one day, this girl ask for a kiss for her birthday present. tamaki gave it to her and it is actually the first kiss for both of them and starting from that time, tamaki felt the love for her. but, when he want it to be the beginning of everything for them, that girl dissapear...tamaki almost die because of losing that girl but saved by his friends. after that, he decided that he want to wait for the girl and for that, he never moved to any other house...until after several years, he got a letter from that girl and he rushed to new york just to find out that that girl already die of a rare diseas..both of them are a photographer and that girl's work has been shown in a gallery at new york and among the pictures, there's a special photo taken by that girl, picture of them having their first kiss, the only kiss...uhhh so sad yet so romantic and touchy...that's all for the film review...ok, time to sleep..(wanna have a dream with tamaki hiroshi inside it..hehe...ok, ja ne (bye)..

Monday 28 July 2008

Focused...

Hmmm...morning...oops afternoon...hehe..another day with a tons of works in the office. Yesterday, in class signal and systems 2, i had another quiz which comes to 3 quiz overall for this time being...and for three time in the row, i can't answer even a part of it. arghhh so damn clever..but after my lecturer show the solution for it, i simply ask one of my classmate to teach me. Finally i understand what i'm doing and finally i hope, i can cope with the subject. what the hell i'm talking about...I'm going to survive this semester with flying colours..(being ambitious again!!) oklah, have to continue with my work again...with that, i leave you guys with a simple quotes... "You must remain focused on your journey to greatness." -- Les Brown...adios.

Sunday 27 July 2008

I had acrush...


Ola again..this morning i felt so sleepy that i almost end up not going to work today.i stay up all night until 5.30 in the morning watching 'Nodame Cantabile' drama. This drama is so funny yet so touchy..I end up crying in the early morning when watching the last episode of it. But i'm a bit upset coz i can't watch the special episode of this drama. Those 2 special episode was uploaded using Veoh tv and currently malaysia having problem with that channel. urghh...so damn frustrated with that kind of problem...I officially had a crush with the lead actor, 'Tamaki Hiroshi'...ok, got to continue with office work right now...so, to my Tamaki, miss u muaahhh..haha..and to others, adios.



Sunday...

Sunday, last day spending the night at my own house, my own bed and in my own room...then have to be away for 5 days again...huhu..i'm writing this blog while waiting for my downloading to finish. I downloaded the japanese drama called Nodame Cantabile...the main actor for this drama is sooo cute..hehe..I've already finished doing my assignment for material egineering but still yet to finish is study laplace transform as I'll have a quiz for it tomorrow night. urghh why is it so hard to remember things that I've used to learn? Fazilah is now at her hometown spending time with her husband and family..aiya, forgot to ask her what's the rate for currency exchange for indonesian rupiah there at johor. if the rate is slightly higher, maybe i'll just settle it here. FYI, i'm going to bandung, indonesia again..yeah, again coz i've been there august last year. what a terrific place to shop. I'll get down to the details of my trip as soon as I'm back from there ok. I wanna continue watching the japan drama so till then, adios.

Friday 25 July 2008

Sungai Congkak Trip...







Salamz..Hmm, today I'm home with my beloved family after 5 tiring weekdays. Huh..what a relief..I just wanna share with u guys pictures from my trip to Sungai Congkak at Hulu Langat last 2 weeks. Even though its already a bit late but like wise man says.."better late than never" right? I went there with my collegues and bachelors only guys..can't bring girlfriend, boyfriend, fiancee or wifey, or hubby along...The view is very nice and the stream was so cool and refreshing..Then, after we finish with sungai congkak, we went to eat durian at side street on the way back to kl. huh what's an intresting way to finish the day an after finish eating durian, we all went back to kl..that's all for that day folks..adios

Monday 21 July 2008

STUDENT AGAIN!!!!!!!!!!

Huhu....after a long time of interval...I've already started my class last week..finally a student again...I really hope that I can manage to finish my degree without having to extend even for a semester this time. My problem now is to try to remember all the things I've used to learn... Thank god that all my lecturer for this semester are all in good mood and very nice to the students.. haha..target want to get 4 flat for this very first semester...(very ambitious right??)..so what!!! Now, I'm busy calling and contacting all my friends who used to be a degree student in UiTM to help me survive ... Thanks to my father, mother, sisters and brothers and friends who always there when I need them...who support me through all the hard time especially through all the lacking of money time...Oklah, I have to get back to work now...maybe after 5 minutes, I'll write another blog...who knows right..adios.

Wednesday 20 February 2008

American Idol Season 7

American Idol Season 7....

While I'm posting this blog, I'm actually watching the American Idol Season 7..the guys are singing tonite...i have so high expectation on this season's top 24...their voice are so nice and most of them even sing better than previous season's top 12...Hmm one of "from my point of view" thing actually..i really love to see and hear this one guy sing..his only 17th years old man and yet his voice is so nice and powerful that makes me want to sit in front of the tv every Wednesday night from now on. huh what a long phrase..but the sad thing is that i can't remember what his name...huhu..ok, will get back here soon...daaaa...adios

Friday 1 February 2008

out from home...

Out from home...yes, actually not so far away but still away...now i'm sitting in ilot's office. hmm... tonight, we're going to watch malay movie..CUCI..hopefully it's not a piece of junk movies...anyway, this is my first post in a blog so if its not as perfect than other's blog please don't mind it...i also don't care what others will think about me..tired actually thinking of other's perspective always...oklah, got to go..going to night market in serdang...adios!!!