Saturday 20 August 2011

Accident Langgar Bontot

Salam..

Huhuhuhu...berita tak baik..semalam akak sekeluarga lengkap berbuka puasa di The Manhattan Fish Market Jusco Seremban 2...tang tu bestla...tapi yang tak bestnyer ialah bila time balik dari berbuka tu..

Semua sekali 3 kereta..akak satu kereta dengan mother, father and anak buah akak aaron. akak yang drive. adik2 lelaki akak satu kereta and adik2 pompuan akak ngan laki dia satu kereta..so, sampai jer kat satu traffic light tu, akak tengok lampu hijau lagi tapi kereta depan penuh sebab ada satu lagi traffic light kat depan tu merah...akak nak jalan tapi depan akak petak kuning and kereta depan akak pun dah dalam petak so, akak pun berentilah sebelum petak kuning sebab akak tak suka duduk tengah2 jalan time lampu isyarat akak merah...baru berenti, angkat break gear neutral, tiba2 DOOM!! tersentak giler akak..nasib baik anak buah akak tak tercampak kedepan...nauzubillah...akak panik giler takut mother akak kat belakang sakit kena hentak kuat..dahla hujan renyai2 ringan..father akak yang keluar dulu...akak ni sibuk tengok mother and aaron takut sangat ada apa2..kereta belakang kira...

bila dah confirm diorang ok, akak keluar kereta..aaron still nangis sebab terkejut..risau akak ngan dia...akak yang langgar bontot kereta akak tu pakai proton waja...dia pulak dilanggar belakang oleh proton persona..so akak tu depan belakangla habis...yang peliknya kereta akak macam takder rosak sangat pun..adalah kemek sikit..tapi hentaman dia memang kuat..akak sampai sekarang dok sakit belakang tersentak time tu..akak tu dok bising2 kata dia bawak slow bagailah..lepas tu siap tanya father akak macam mana kitorang nak settle kereta dia...ada ker dia suruh kitorang yang bayar rosak kereta dia...banyak cantik...kau yang langgar aku, then ada hati aku nak bayar kau...bila father akak kata kitorang akan claimed insuran dia untuk repair kereta akak, dia blur and kata tak patut...halloo..langgar belakang macam mana pun tetap salah..

so, semua setuju pegi balai polis untuk report..akak memang nak reportla sebab akak nak claimed insuran akak tu...sampai kat balai polis, tunang mamat yang bawak kereta ke3 yang langgar belakang kereta akak tu, sibuk kata tunang dia bawak kereta slow sebab tengok lampu traffic light dah kuning...tadi kat luar dia kata sebab lampu hijau dia jalan biasa jer sebab tu tak sangka orang berenti..kejilah putar belit statement..kekwat giler minah tu...siap bisik2 ngan tunang dia depan aku and pandang aku macam nak makan..ello, kau tu kecik jer tau tak...sekali aku lempang melayang...dia kecoh2 kat kawan dia kata aku bangang sebab berhenti sebelum petak kuning padahal jauh lagi dengan kereta depan...wei perempuan bangang, petak kuning tu kalau aku berenti kat situ, boleh kena saman tau tak??? kau nak bayar saman aku ker??

lepas aku dah buat report, aku pun blah dari balai polis tu..polis tu sendiri kata yang aku takkan kena saman..sekarang ni antara saman kereta ke3 jer atau saman kereta ke2 dan ke3 sekali...aku memang suka kereta ke3 tu kena saman..kerek giler...dah balik tu baru aku tau dari adik aku yang kereta tu sebenarnya kereta minah tu and baru beli dalam 3 bulan macam tu..kesian jugak tapi bila kenangkan kekerekkan minah tu, padan muka dia...

so, alhamdulillah semua yang dalam kereta takder apa2 yang cedera and kereta pun tak rosak major..oklah, hari ni appoinment bukak puasa dengan bard and shah kat kelab golf perkhidmatan awam, bukit kiara damansara...harap2 takderlah kejadian yang tidak elok berlaku selepas ini...trauma kejap akak...ok, selamat berpuasa dan berbuka..till then,

~adios~

Friday 19 August 2011

Kim Hyun Joong Autograph Session

Salam..

Hahahahaha..akak sangat feeling2 gembira sangat since semalam..setelah 2 tahun mencuba nasib, akhirnya impian akak untuk mendapat autograph dari penyanyi/pelakon korea yang sangat akak minati, Kim Hyun Joong termakbul sudah...

Asalnya akak dah putus asa setelah tahun lepas entry akak just tinggal entry sahaja..so, akak pun buat tak tahu pasal KHJ nak datang malaysia bulan ni..lagipun poket akak tengah kering...dahla nak masuk entry tu kena beli barangan face shop more than rm200 and kena include BB cream yang akak memang tak pakai uolls...so lagilah akak hilang semangat nak masuk..

Then tiba2 satu pagi kat mantin tu, adik akak tanya mana nak beli BB cream and dia memang nak beli some product kat Face Shop tu...apa lagi, akak pun rekomen la BB cream Face Shop kat dia and besoknya terus ajak gi Mid Valley beli semua tu..total dia beli tak sampai rm200 so akak tambah beli pencuci muka akak and kena beli album dia rm19.90..so total modal akak tak sampai rm50.00...hehehe..and akak tawakal jer..tak nak letak harapan tinggi menggunung..takut keciwa..

Then petang rabu hari tu, on the way akak balik shah alam dari jalan TAR dengan shah, akak dapat panggilan phone dari nombor yang tak dikenali...akak pick up and dia bagitau yang dia call from The Face Shop and akak one of the 100th lucky person to get the autograph from KHJ homself...hahahaha akak tak tercakap apa...

Letak jer phone, akak terus menjerit samapai si shah kata akak gila...hahahahaha...tak percaya tapi kena percaya jugak...sebab akak memang nak sangat jumpa dia face to face...nanti akak kalau dapat ambik gambar dia, akak upload kat facebook and kat sini, InsyaAllah...doakan akak tak pengsan bila berdepan dengan dia...hehehehehe...Fazilah, aku tau kau tak suka dia menari tapi aku tetap rasa dia seksi menari macam tu...hahahaha...

Oklah, will update later lepas jumpa KHJ this coming monday (22nd August 2011)...Till then,

~adios~

Monday 1 August 2011

Suka Suki Editing

Salam..

Sebelum akak meneruskan dengan isi sebenar entry kali ini, akak ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada sekalian umat Islam umumnya dan family and teman2 khasnya..Semoga Ramadhan kali ini bertambah lagi amal baik yang dilakukan dan berganda2lah keberkatan yang diterima..amin..

Ok, berbalik kepada tajuk entry kali ini..hehehe..suatu petang yang bosan rasanya minggu lepas kot, akak sangat bosan dan tiada mood untuk membuat kerja apatah lagi mahu berjalan2..so, akak teringat satu laman web yang disyorkan rakan akak, hana. laman web ini membolehkan akak meletak muka di badan atau objek2 yang akak mahu...so, setelah dicantumkan muka akak dan body2 orang lain, dan setelah editing dilakukan di Picasa, ada 3 hasil yang akak suka bangat!!...hahahaha..kenapa akak suka?? sebab akak rasa akak cantik and hot sangat dalam gambar2 ini..kau ado perasan macam mak?? jom kita tengok hasil editing akak yang amatur ini...

gambar 1

comment : seksi and kurus tak akak dalam gambar ni??hehehe

gambar 2


comment : saper lelaki yang memeluk akak itu?? akak pun tak kenal...hehehe

gambar 3


comment : akak paling suka gambar ni..ala2 macam ratu rock ella gitu...

nampak real tak gambar2 diatas tu..hehehe...kesimpulannya kalau akak nanti dah kurus, insyaAllah akak takkan bergambar tak bertudung and berpeluk and seksi begini...ini hanyalah angan2 sahaja..hehehe...

Oklah, akak nak sambung buat kerja..mood kerja dah datang balik..nanti bila akak ada idea nak tulis entry, akak datang balik..

~adios~