Saturday 20 August 2011

Accident Langgar Bontot

Salam..

Huhuhuhu...berita tak baik..semalam akak sekeluarga lengkap berbuka puasa di The Manhattan Fish Market Jusco Seremban 2...tang tu bestla...tapi yang tak bestnyer ialah bila time balik dari berbuka tu..

Semua sekali 3 kereta..akak satu kereta dengan mother, father and anak buah akak aaron. akak yang drive. adik2 lelaki akak satu kereta and adik2 pompuan akak ngan laki dia satu kereta..so, sampai jer kat satu traffic light tu, akak tengok lampu hijau lagi tapi kereta depan penuh sebab ada satu lagi traffic light kat depan tu merah...akak nak jalan tapi depan akak petak kuning and kereta depan akak pun dah dalam petak so, akak pun berentilah sebelum petak kuning sebab akak tak suka duduk tengah2 jalan time lampu isyarat akak merah...baru berenti, angkat break gear neutral, tiba2 DOOM!! tersentak giler akak..nasib baik anak buah akak tak tercampak kedepan...nauzubillah...akak panik giler takut mother akak kat belakang sakit kena hentak kuat..dahla hujan renyai2 ringan..father akak yang keluar dulu...akak ni sibuk tengok mother and aaron takut sangat ada apa2..kereta belakang kira...

bila dah confirm diorang ok, akak keluar kereta..aaron still nangis sebab terkejut..risau akak ngan dia...akak yang langgar bontot kereta akak tu pakai proton waja...dia pulak dilanggar belakang oleh proton persona..so akak tu depan belakangla habis...yang peliknya kereta akak macam takder rosak sangat pun..adalah kemek sikit..tapi hentaman dia memang kuat..akak sampai sekarang dok sakit belakang tersentak time tu..akak tu dok bising2 kata dia bawak slow bagailah..lepas tu siap tanya father akak macam mana kitorang nak settle kereta dia...ada ker dia suruh kitorang yang bayar rosak kereta dia...banyak cantik...kau yang langgar aku, then ada hati aku nak bayar kau...bila father akak kata kitorang akan claimed insuran dia untuk repair kereta akak, dia blur and kata tak patut...halloo..langgar belakang macam mana pun tetap salah..

so, semua setuju pegi balai polis untuk report..akak memang nak reportla sebab akak nak claimed insuran akak tu...sampai kat balai polis, tunang mamat yang bawak kereta ke3 yang langgar belakang kereta akak tu, sibuk kata tunang dia bawak kereta slow sebab tengok lampu traffic light dah kuning...tadi kat luar dia kata sebab lampu hijau dia jalan biasa jer sebab tu tak sangka orang berenti..kejilah putar belit statement..kekwat giler minah tu...siap bisik2 ngan tunang dia depan aku and pandang aku macam nak makan..ello, kau tu kecik jer tau tak...sekali aku lempang melayang...dia kecoh2 kat kawan dia kata aku bangang sebab berhenti sebelum petak kuning padahal jauh lagi dengan kereta depan...wei perempuan bangang, petak kuning tu kalau aku berenti kat situ, boleh kena saman tau tak??? kau nak bayar saman aku ker??

lepas aku dah buat report, aku pun blah dari balai polis tu..polis tu sendiri kata yang aku takkan kena saman..sekarang ni antara saman kereta ke3 jer atau saman kereta ke2 dan ke3 sekali...aku memang suka kereta ke3 tu kena saman..kerek giler...dah balik tu baru aku tau dari adik aku yang kereta tu sebenarnya kereta minah tu and baru beli dalam 3 bulan macam tu..kesian jugak tapi bila kenangkan kekerekkan minah tu, padan muka dia...

so, alhamdulillah semua yang dalam kereta takder apa2 yang cedera and kereta pun tak rosak major..oklah, hari ni appoinment bukak puasa dengan bard and shah kat kelab golf perkhidmatan awam, bukit kiara damansara...harap2 takderlah kejadian yang tidak elok berlaku selepas ini...trauma kejap akak...ok, selamat berpuasa dan berbuka..till then,

~adios~

2 comments:

aisarayuzumi said...

ish panas plak aku dgr kereta ke3 nie......mmg QAIMEKS sgt...hehe maki ala2 cover tak cover....kalau aku...dah lama kete die aku tambahdamagekan....kang kat balai bukan saman kete...saman human assault....haaaisshh...boleh nak kerek lagi ek...bengong nak mampos...nampak sangat stupid ignorance punye pemandu...langgar belakang terima jer lah salahnye....haiyaaaa...

feeza_nwa said...

tulah pasal...nasib baik adik aku bagitau time on the way balik..kalau kat balai dia bagitau, memang jenuhlah kena perli ngan aku minah tu...kasi tambah panas lagi hati dia...hangin satu badan aku teringat kat dia...