Monday 25 April 2011

Morning...

Salam...

Entah kenapa hari ni tiba2 pagi2 dah rasa nak tulis something kat blog...

Tengah hari ni akak nak kena gi IOI mall nak bayor duit kad kredit then nak direct gi Sunway Pyramid..nak gi redeem ticket showcase 2AM and nak belikan lagi satu ticket untuk Fazilah..sorrylah makcik, lambat sikit gi beli coz aku ni agak bz kat opis..lagi satu, ticket showcase jer yang tinggal..ticket autograph dah habis..huhuhu..

Apa lagi agenda akak hari ni?? Sekarang rutin akak hari2 ialah pagi gi kerja, balik kerja terus gi fakulti study untuk final exam..rasa penat study, gi makan then dah kenyang, balik umah bukak internet layan facebook or cerita2 best and lastly akan tertidur time tengah tunggu page loading atau tunggu orang reply chat...asyik kena marah ngan sesaper yg chat ngan akak..bunyi phone atau msg memang dah tak dengar dah..entah bilalah tidur akak ni nak cukup...hari2 just tido dalam 4 atau 5 jam jer..tapi tak kurus2 gak...hehehe

Oklah, dah nak buat kerja..nak kena siapkan banyak kerja sebelum akak bercuti 10 hari start minggu depan untuk final exam..till then,

adios

Sunday 24 April 2011

Korean Wave

Salam...

Hmm kali ni akak nak cerita sikit pasal minat akak kat dunia korea ni...hahaha...akak paling minat drama2 dia tapi recently, akak dah jadik peminat muzik korea jugak...idol2 muda korea juga jadi bahan tontonan akak...tapi akak pilih band..akak tak suka sangat band2 or group yang dahla nyanyi tak berapa sedap then menari pun tak hebat and mantap...so, sekarang ni antara kumpulan yang akak minat ialah B2ST (beast sebutannya), 2PM, 2AM, SHInee, Super Junior untuk kumpulan lelaki...untuk kumpulan gadis2, akak suka 4minute, After School dan Brown Eyed Girls..kalau solo, akak suka Lee Seung Chul and IU and G.Na...ni antaranyalah..banyak lagi yang akak just suka lagu diorang..

Pada tanggal 13hb Januari 2011 hari tu akak berkesempatan pergi Digi Live K-Pop Party 2011 dan rakaman Hitz TV pada 14hb Januari 2011 yang menampilkan B2st, 4Minute dan G.Na..Mereka ni sangat bertenaga dalam membuat persembahan...sangat akak terpukau dengan tarian mereka yang energetic..akak duduk di bahagian Gold Seat yang berharga RM200...huhuhu nasiblah akak disponsor, kalau tak memang tak mampulah akak nak pergi kerana harga tiket yang mahal..tapi akak tetap sangat puas hati..at least rindu akak pada Kim Hyun Joong terubat bila melihat artis korea yang lain...gitu...hehehe

Next in the line ialah akak akan pergi ke Showcase kumpulan ballad korea yang bagi akak sangat merdu paduan suara mereka iaitu kumpulan 2AM..tanggal 20hb Mei ini akak akan ke sessi autograph mereka dan pada 21hb Mei pula akak akan ke showcase mereka pula..hahaha..tak sabar rasanya nak melihat mereka didepan mata ketika sessi autograph..kerana ianya limited to 400 pax only...akak miss dia punya chance untuk sessi beramah mesra plus game show bersama mereka..it's limited to only 15 pax terawal...mana nak dapat kan...huhuhu..takper, yg penting dapat jumpa..betul tak..

Sorrylah gambar takder yang clear..harap nanti akak akan ada gambar diorang yang clear...cross my finger...oklah..got to work right now...till then,

adios

Friday 1 April 2011

Final Year Project

Salam... Final Year Project..hmmm...untuk hari ini dalam sejarah, akak fail paper Final Year Project (FYP1) akak...proposal tak lengkap and kena redo balik proposal tu... Buat kena gelak jer fail paper FYP1..nampak sangat akak ni tak reti buat proposal..and tak cukup buat research nak buat proposal tu...haish, Fiza..boleh tak jadik rajin sikit buat Literature Review tu..nampaknya dalam cuti semester yang agak panjang ni, terpaksalah akak membuat dengan gigihnya FYP1 akak..takder masa nak main2 dah...nanti tak grad semata2 FYP1 tak ker haru bunyinyer... Untuk saper2 yang terbaca entry akak ni yang ada info tentang Space Vector Modulation (SVM)-Single-phase and Three-Phase and its Total Harmonic Distortion (THD), tolonglah akak yer..macam nak tuko tajuk pun ader..tapi macam sayang jer...huhuhu...rilek Fiza, mesti boleh buat punya..kalau tak, macam mana nak sambung master and PHd nanti.?? Nak kena belajar buat Matlab jugak untuk simulation benda ni..jawabnya google lah memanjang akak lepas ni nak dapat info..nak tengok citer korea pun dah tak lalu sekarang ni sebab pening kepala pikir tak siap FYP ni hah...sampai akak hari tu ada sekali gi klinik cakap ngan doktor "Doktor, saya sangat stress.." (dengan muka stress..) terus dapat MC 2 hari untuk rehat and hilangkan stress akak..nasib dia tak rujuk akak ker pakar sakit jiwa jer time tu... Oklah, nak sambung buat kerja sikit then nak balik mantin..nak tengok anak buah kesayangan akak..Aaron Safwan..tu jerlah pengubat hati sekarang ni..hehehe...si debab yang dah lawan anak Fazilah besornya...nanti dah besar sikit boleh bawak jalan2 main2 ngan anak Fazilah..**buat macam anak sendiri jer...matilah kalau mak nyer dengar..ada akak kesah?? hehehe.. oklah, that's all for now.. ~adios~