Thursday 6 October 2011

Murah Rezeki..

Salam...


Seperti tajuk entry akak pada kali ini...hehehe..since birthday akak kan hujung bulan lepas iaitu 26hb September 198#, akak rasa sejal masuk 3 series ni alhamdulillah rezeki akak sikit2 datang merangkak towards akak...kau ado rezeki datang merangkak macam akak?? hehehe


1st pada hari birthday akak itu, akak ada terhantar sms join contest cinepasses from RED FM with Terry petang on the way nak gi kelas ..DJ Terry tu sebut info tentang nama2 pelakon then last sekali dia sebut salah seorang pelakon ialah mamat yang jadi The Torch dalam Fantastic 4 and Captain America yang latest...nama dia Chris Evans..akak pun dengar jer..then dia kata saper nak menang tiket, penghantar SMS ke sembilan yang bg nama pelakon dengan betul, akan dapat 4 keping tiket ke premier movie tu kat GSC Mid Valley..aka k pun hantar then tengah berenti kat traffic light, akak dapat call cakap "Hi Norafiza, this is Terry from RED FM. You've won 4 tickets to Movie Premiere of What's Your Number. Congratulations!!!" ..Akak terkedu terus menjerit..hehehe..



2nd , besoknya pulak akak dapat SMS dari cousin akak mintak nama penuh and IC number..akak ingatkan dia nak simpan untuk reserve tiket ke Korea bila murah as per kitorang punya discussion sebelum tu. akak pun just bagi dia then after 1 hour, akak dapat SMS dari dia kata "Ja, ticket to Seoul, Korea confirm. Sila bayar RM880 hujung bulan ni." Tak ker terkrjut beruk akak dibuatnya. mana akak nak cekau duit sedegebuk tu dalam masa beberapa hari saja..then akak call dia tanya, cousin akak kata "Beli guna kad kredit bibik (makcik kitorang), kau nego ngan bibik macam mana nak bayar.."..akak ni dengan pantas call bibik akak tanya pasal payment dengan suara sedih tak mampu nak bayar sekaligus..then bibik akak kata "takper, bayar rm100 sebulan pun takper..asalkan bayar"..huh rasa nak pecah jantung akak sebabkan terlalu gembira sebab dah confirm (InsyaAllah) tiket gi Korea yang akak idamkan selama ni and tak payah risau nak bayar sikit2..rezeki..hehehe

3rd, 3 hari lepas tu plak ada birthday celebration kat opis akak for those yang birthday dia bulan 8 and bulan 9. akak pun pegilah..seperti biasa ada cabutan bertuah and selama 6 tahun akak kerja kat company ni, tak pernah dapat apa pun lucky draw bagai...tengah akak beratur ambik makanan and gaduh2 ngan sorang abang ni yang nak potong barisan, akak dengar orang sebut "Cabutan bertuah seterusnya, Norafiza Wahi Anuar"..akak dengan kuatnya menyebut "Alhamdulillah" sambil keluar barisan nak gi ambik sampul cabutan bertuah ituh...dapatlah akak RM100...

4th, hari Ahad baru ni akak bukak laman web RED FM sebab nak tengok2 jer, then nampak plak poster Westlife punya Concert..akak ni teringin nak gi sebab suka lagu2 dia..tapi tak boleh nak gi sebab tak cukup duit untuk beli tiket...duit yang ada semua ada gunanya..huhuhu..tiba2 akak nampak satu slot ni kat RED FM midnight love song, slot RED FM Threesome. Just submit online form 3 lagu yang kita nak dengar and kalau kita punya request tu dipilih, dapat a pair of ticket (yang Gold class-RM255) ke concert Westlife tu..akak pun hantarlah..lagu2 yang akak pilih ialah 1)I'll never break your HEART (BSB), 2)Unbreak my HEART (Tony Braxton) and 3)My HEART will go on (Celine Dion)..malam besoknya, pukul 11.30 malam, akak dapat call...DJ myn kata "Norafiza, Congrats..your selection of songs have been chosen for RED FM Threesome. You've won a pair of ticket to Westlife Concert." Jerit lagi akak tengah malam tu...hahahaha...


Akak sentiasa berdoa rezeki akak akan makin bertambah supaya taklah akak menyusahkan orang lain meminjamkan akak duit setiap hujung bulan or ketika ada masalah lain..dapatlah jugak akak membantu family akak especially mak bapak akak...semoga dengan bertambahnya umur akak ni, bertambahlah jugak wisdom akak...amin...

oklah, dah panjang lebar akak menaip kali ini..doakan akak yang baik2 yer guys..maafkan mana yang tersalah okeh, jangan simpan dalam hati...as for now,

adios