Thursday 15 March 2012

I'm done..

Salam..

Huish, ni entry pertama tahun 2012... biasalah, akak kan bukannya rajin gitu nak tulis2 entry bagai tapi tetaplah nak ada blog kan...akak kan feeling2 ada orang baca entry akak ni tapi entah ado entah tak...harapan tinggal harapan jah...takperlah, akak just nak luahkan jer apa yang ada dalam kepala otak akak ni hah...at least release sikit ketentionan yang melanda..

I'm done!! done apa nyer fiza wei?? huhuhuhu...I'm done with Bard...dah tak nak tunggu dia lagi sebab dia pun dah bagi kata putus supaya tak mengharap kat dia lagi...gitu kan....setelah 4 tahun..setelah 4 tahun akak setia menunggu jawapan dia, last2 kata tak payah...zasssttt sangat kan...setelah kau ada degree, baru kau berani nak cakapkah?? takut kau belum ada degree, kau tak lakukah?? dah ada degree market naik terus blah macam tu jer...kelasss sangat..oklah, takder jodoh namanya tu fiza oi...akak redha..

So, officially hati akak ni kosong....dah takder saper2 dalam ni...huhuhu...dan yang sadisnya lagi semua yang sedang berkawan dengan akak sekarang ini yang boleh dijadikkan calon adalah muda dari akak okeh...ada tu dah boleh kategorikan anak ikan dah...dari yang muda setahun sehinggalah paling last, muda 6 tahun dari akak....bolehkah akak jadikkan mereka ini calon2 akak? yang paling penting mahukah mereka2 ini menjadi calon2 akak?

Ada 3 orang yang hati akak tengah berteka-teki nak proceed lebih dari kawan atau tak...bak kata sorang member akak ni, nama dia Ismahani..akak kepada Is ni kata zaman sekarang takdak istilah perigi carik timba ke, timba carik perigi ker...zaman sekarang ni semua mandi pakai shower jer...so, kalau suka, confess and tengok apa jadik and kalau betul2 nak, usaha sampai dapat orang tu...tu dia ayat dia...so to shorten the story, member akak Is ni suruh confess kat orang yang akak suka sebab kalau tak confess mana orang tu tau yang akak suka kat dia and nak hubungan lebih dari kawan...memang betul cakap dia tu tapi kalau orang yang akak confess tu tak nak lebih dari kawan macam mana? and lebih sadis lagi kalau bila akak dah confess tiba2 dia langsung tak nak kawan pun dengan akak..macam mana??

Korang pernah tengok cerita 27 dresses tak? yang jadik pengapit 27 kali tu..haruskah akak buat cerita 27 confesses pulak?? haish pening kepala akak...orang sekeliling sibuk tanya akak bila nak kawin? ingat nak kawin tu boleh ambik batang penyapu letak sebelah akak then kawin macam tu jer ker? takpun ingat kat pasar malam or kat shopping complex mana2 ada jual laki buat suami kah? kalau ada pun jual, mampukah akak nak beli?? Then ada pulak sampai tanya akak ni lesbian kah tak nak kawin? giler ker tak soalan tu? even lesbian pun nak kawin..kang akak kata bangang, terasa hati...tapi memang bangang sangat pun...haish bikin darah akak panas jer..

Besok akak akan ke Cameron Highland...so, akak nak pikir ala2 jiwang karat kat sana sambil merenung keindahan alam ciptaanNya pasal benda nak confess menfess nih...doakan akak temui jawapannya disana...atau haruskah akak pergi ke pulau2 contohnya pulau Krabi or Cherating ker untuk mendapatkan jawapan pada soalan2 yang bersarang di kotak minda akak ni?? Or haruskah akak menunggu dengan redha sahaja berserah pada takdir, pada jodoh tanpa usaha untuk mendapatkannya?? Makin berungkai2 persoalan yang terdampar dikotak minda, makin berbelit2 perasaan di kamar hati ini... huhuhuhu..

Tiba2 plak boleh kuar lagu ni kat headphone akak ni (sambil tulis sambil layan lagu)..lagu apa?
Lirik lagu tu ni dia...

**Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup, kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia disisiku...huhuhuhu..

Lirik seterusnya korang google lah yer...tak kuasa akak nak tulis berjela lirik dia..Thukan lagu tu lagu apa kan...lagu OST Ombak Rindu..ala citer dari novel diadaptasikan ke filem..sepertimana lirik lagu tu kan 'Lembutkan hati dia'...DIA tu tak tau lagi saper..belum buat keputusan..tapi akak memang harap sangat DIA tu terima akak seadanya..amin...

Oklah, akak kat opis ni..banyak kerja nak siapkan sebelum bercuti..so, Laparmya perut nak makan maggi, nanti akak free boleh sambung tulis lagi...Till then,

~Adios~