Thursday 18 July 2019

Salam 2019

Salam 2019..

Ya Allah lamanya akak tak menulis diblog akak yang hidup segan mati tak mahu ni. Almost 3 years dah. Jengok gak kadang2 baca balik tulisan lama2 tapi tak tergerak tangan ni nak menulis yang baru. Idea selalu kering bila depan mata. Tengah melayan angan2, banyak rasanya nak tulis. Biasalah semua tu...dari start blogging sampai sekarang alasan yang sama akak guna bila dah lama tak menulis. Hehehe...

Entah ada yang membaca or entah tak. Akak redha dan pasrah. Bukan benda yang akak kejar viral famous blogger bagai. Sekadar satu medium tempat untuk meluah rasa and apa yang ada kat kepala ni. Bila mana rasa dihati sudah tak dapat dibendung lagi, kesinilah tempat akak. Di blog usang inilah akak menaip tapi kadang2 tak tertekan button publish tu. 

Ok, sedikit update pasal akak. Still belum berjodoh means still single and available. Still BamBam macam dulu turun naik berat and akhirnya maintain naik jer. Huhuhu..Still dengan circle kawan2 lama. Yang baru datang dan pergi. Yang lama tetap setia disisi. Akak pun sekarang ni just focus untuk diri akak sendiri and yang tersayang sahaja (family and kawan2 rapat).

Family akak makin membesar, now akak dah ada 10 orang anak buah and coming lagi sorang this October. So by raya tahun depan dah 11. Itupun kalau takder yg mengandung lagi dalam masa terdekat ni. Rezeki semua tu. Takder anak sendiri tapi cukup meriah ngan anak2 buah yang macam2 kerenah ni. Tak menang tangan wan, atok, mak long, mak ngah and mak2 and bapak2 masing2 kalau dah semua berkumpul sekali.

Oklah, setakat ni mukadimah untuk tirai 2019 kali ni. InshaaAllah akak cuba rajinkan diri untuk terus menulis especially tentang travel2 log akak. Yang dah lepas biarlah lepas, malas nak recap balik. Kita teruskan dengan yang bakal datang. InshaaAllah Road Trip Utara this August and Singapore Kenduri Trip this September. Stay tuned.

Till then,
Adios