Saturday 16 January 2010

Kenapa Ada Dia?

Salam...

Kenapa ada dia? kenapa bila akak dah mula boleh lupakan dia, dia datang balik ..birapun selama ni dia tak pernah pun kata apa2 and obviously dia tak ada perasaan apa2 pun kat akak, tapi kehadiran dia rapat kembali dalam hidup akak sekarang ni, kadang2 membuatkan hati akak terasa sesuatu..sesuatu yanga akak tak nak dah rasa..sebab rasa yang datang tu akak tahu akan end up dengan rasa lain yang sangat menyakitkan dan memilukan dan menyedihkan...

Kenapa ada dia? kenapa akak tak boleh nak lupakan dia? tak ingatkah akak pada benda2 lalu yang dah jadi? tak cukup sakit hati or sedih ker akak dengan apa yang jadi kat diri akak sebelum ni? tak ingatkah akak dengan apa yang oranglain buat kat akak disebabkan dia? kenapa hati akak ni cepat sangat terubat, kenapa luka akak ni cepat sangat hilang pedihnya? kenapa nak ulang balik sejarah yang pasti akan jadi kalau akak tunjuk perasaan akak kat dia sekarang ni? sejarah yang sangat meruntun hati akak..sampai menyebabkan akak hampir hilang kewarasan..menyebabkan akak sampai hilang harga diri..terpaksa meraih simpati supaya yang lain mengerti apa sebenarnya situasi..

Kenapa ada dia? Hati akak dah tak sanggup nak terima kesedihan dan keperitan yang akan akak dapat kalau akak terus terusan fikirkan dia...sekarang ni akak selalu kata, "Fiza, sudah2lah ingatkan dia...tak kemana pun asyik ingatkan dia..dia bukan tahu pun and kalau tahu pun, silap2 dia buat macam dulu.so, lupakanlah jer dia.." ..tapi nak lupakan tu mustahil sebab dia setiap hari akan ada depan mata waktu ada kelas malam..so, solution terbaik buat masa ni akak rasa, ialah just anggap dia seperti mana dia anggap akak selama ni...just friend..that's the best way..and selebihnya akak berserah jer..doa akak ialah jika dia ditakdirkan untukku maka kuatkanlah perasaaan sayangnya padaku jua perasaan sayangku padanya tetapi jika dia ditakdirkan bukan untukku maka hilangkanlah perasaanku padanya..amin..

p/s : sorrylah kali ni entry termelalut n sentimental sikit..

~adios~

Sunday 10 January 2010

Berangan...

Salam..

Akak semalam baru habis tengok citer drama taiwan tajuk Fated To LOve You...
Cerita ni sangat romantik and touching gitu...bagi akaklah kan...bagi orang lain akak tak tau..
Mengisahkan dua orang yg terpaksa kawin sebab terpaksa..yang lelaki orang kaya sangat2..yang pompuan, orang kampung yg sangat tak berpersonaliti..asyik kena buli jer..
Diorang ni kena kawin sebab pompuan tu dah termengandung anak lelaki ni...pompuan ni salah masuk bilik sebab tak sihat, and lelaki tu plak orang dengki bagi minum arak campur dadah...so dua2 separa sedar and dua2 memang tengah tunggu pakwe/makwe masing2..dah dalam gelap and tak berapa sedar tu, terbuatlah diorang sesama sendiri..


Mula2 lelaki ni tak mau kawin, tapi kesian punya pasal n dia memang nak anak tu plus kena paksa ngan nenek dia, dia pun kawin ngan pompuan tu...pompuan tu plak tak kesah sebab dia memang suka menolong semua orang...suka jadik lilin bakar diri sendiri untuk terangkan tempat lain...tapi dalam dia tolong lelaki tu, dia terjatuh cinta ngan laki dia sebab laki dia selalu tolong dia bila dia dalam keadaan yang tak best..yang laki ni plak dalam tak suka tu, dia cuba nak benci pompuan tu tapi dalam nak benci tu, dia tak sedar yang sebenarnya dia makin suka kat pompuan tu...but biasalah lelaki kan...ego lebih...dia cuba ignore perasaan dia kat pompuan tu sebab dia kononnya setia kat awek dia yg lama..huh..so, dia keep on kejap baik then kejap jahat and kasar ngan bini dia tu..bini dia ni plak layankan jer perangai laki dia sebab sayang n baik sangat..


Nak dipendekkan cerita, setelah mengalami bermacam2 halangan dan salah faham, diorang dua orang ni admit yang diorang sangat saling mencintai then kawin ngan rasminya lagi sekali..nak tau detail lagi, sila tengok sendiri...hehehe...
Akak kan suka sangat cerita macam ni...ala2 macam citer cinderella melayu yang haliza misbun berlakon tu...kawin paksa mula2 then lama2 jatuh cinta...akak punya salah satu angan2 pelik ialah macam dalam kesah ni lah...hehehe...best apa..mula2 benci, then tiba2 plak dah lama boleh sayang n live happily ever after...oklah tu kan...hehe..oklah chow dulu, akak nak gi lunch...
~adios~

Wednesday 6 January 2010

Kesah malam semalam..

Salam...

Akak dah berjaya menunaikan satu daripada azam 2010 akak...
Akak dah beli mesin basuh semalam...kat bawah ni link untuk tengok gambar mesin basuh yang akak beli itu...nak upload tak boleh coz internet opis akak ni macam haram...

http://www.toshiba.com.my/product/product_details.jsp?productid=AW-7480EM

Akak survey mula2 gi Jusco Bukit Raja, tak berkenan and delivery lama sangat..sampai 2 minggu..terus akak tak jadik beli...sepanjang survey, akak ditemani kawan shah alam akak iaitu Shah...shah carik bantal so, setelah dipromote oleh promoter, shah membeli 2 bantak kepala, 1 bantal peluk, 1 pelindung tilam and 1 set sarung bantal...akak pulak sempat merembat 1 set cadar and pelindung tilam...kenapa akak beli jugak pelindung tilam itu? akak kan pose2 disedekahkan tilam single oleh shah kerana dia telah membeli set bilik tidur queen..akak kan agak kurang selesa tidur atas tilam lelaki walaupun baru beberapa bulan dipakai..so, akak tilam tu akak lapikkan dengan pelindung tilam itu dahulu then baru letak cadar baru...setelah sekian lama tidur atas tilam nipis yang boleh lipat2 itu, malam tadi akak tido atas tilam tebal..harap2 kuranglah sakit belakang akak..

Ok, lepas gi Jusco, akak gi survey kat Giant seksyen 13 plak...huh langsung tak banyak choice and semua yang ada akak tak berkenan..soryylah fazilah, tak dapat nak bagi kat kau setem giant sebab tak jadik beli...then kitorang gi survey kat tesco bulatan kayangan shah alam plak..hah kat situ apa yang akak nak ada and dia punya delivery dalam seminggu jer..akak terus ambik mesin basuh tu..takder pikir 10 kali or nak gi survey tempat lain dah...

so, kesimpulannya akak ada 9 lagi azam/wish tahun 2010 ni yang belum tertunai...lets keep on counting guys...ada 11 bulan lebih lagi untuk melaksanakan semua itu...Gambatte Fiza!!

~Adios~

Sunday 3 January 2010

Salam Tahun Baru..

Salam..

Selamat Tahun Baru kepada semua tak kira tua atau muda, miskin atau kaya...

Akak selama ni tak pernah dengan seriusnya membuat azam tahun baru...tapi tahun ni akak nak buat azam tahun 2010 secara serius..akak nak tengok sejauh mana diri akak sendiri komited untuk buat semua yang akak listkan tu....ok, here come the list :

1- Nak dapat anugerah dekan..
2- Nak gi melancong ke Australia..
3- Nak turunkan berat badan paling kurang 20kg..
4- Nak beli mesin basuh...
5- Nak beli set bilik tido..
6- Nak beli sofa..
7- Nak beli kamera canggih DSLR...
8- Nak menyimpan duit paling kurang RM600 tahun ni...
9- Nak naik pangkat/gaji...
10- Nak kawin..

Ok, cukuplah 10 hajat/azam akak tahun 2010 ni...kita tunggu dan lihat jerlah akak dapat buat tak semua ni...Gambatte Kudasai Fiza!! So, marilah kita sama2 berdoa semua ni dapat dicapai..akak nak berusaha sedaya upaya akak. U guys pun sure ada new year punya azam kan, so apa lagi..mari berusaha!!!

Selamat Tinggal 2009 yang penuh kenangan pahit dan manis...Selamat Datang 2010!!!! Hope this year, we all will be blessed more than before...Thanks Allah untuk umur yang panjang ini dan semoga kita semua dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik sepanjang tahun yang mendatang...InsyaAllah...

-Adios-