Tuesday 9 October 2012

Bangang!!

Salam..

Panasnya hati akak sekarang ni..dah macam gunung berapi dah ni...tinggal nak meletup jer ni...sabar fiza..sabar...

Akak panas sangat ngan snr. exec akak sorang ni..dahla bangang lepas tu tak nak dengar pendapat orang!!! Sibuk dok cakap HOD aku macam tu macam ni..then sibuk jugak cakap customer aku banyak songeh bagai..tapi tak sedar diri sendiri pun perangai lebih kurang jer...kadang2 lebih teruk pun ada..haish menggigil jap tangan akak ni tahan marah punya pasal..

Kalau tak tau, cubalah buat perangai tak tau..tanyalah orang yang tau atau bila orang yang tau bagitau, silalah dengar...bukannya kau suruh orang yang tau tu diam shhhhh...just semata2 sebab kau rasa kau punya pangkat besar sangat..ingatlah kau tu ada kat tempat kau sekarang pun sebab orang2 bawah ni dok buat kerja kau..hah kan dah ber aku kau bagai dah ni...serius marah sangat ni..

Sabar fiza...sabar...tu jerlah dalam hati akak ni dok cakap..kalau ikutkan hati, memang rasa macam nak baling jer air freshner depan akak ni kat dia...tapi betul cakap orang lanjut usia, 'ikut hati mati'..hehehe..so sabar dan redha jerlah..buat jerlah apa yg disuruh..suruh diam kita diam..saper suruh tak nak belajar pandai2 dulu? Nak salahkan saper? Diri sendiri jugak..patutlah kalau orang dulu2 kata, lagi bagus belajar or kerja dari bawah baru jadik boss..supaya kita ni paham perasaan orang bawahan..supaya ingat dulu kita pun pernah berada di tempat yang sama, so bolehlah expect apa yang orang nak dari kita..

Akak ni nak ingatkan orang pangkat besar2 a.k.a. bos, sekali sekala cubalah dengar apa yang nak dikata oleh staff dibawah anda itu..diorang pun manusia jugak, ada mulut nak cakap..dah habis diorang cakap, then bos2 nak cakap silalah dengan hormatnya...belajar tinggi or pangkat tinggi belum tentu tahu semua benda..cubalah rendahkan diri tu sendiri untuk bertanya atau ambil tau...bukan membabi buta ambil keputusan...ni ingatan untuk diri akak sendiri jugak supaya jika ada rezeki akak jadik bos, staff akak semua selesa dan tidak membenci akak...insyaAllah..yang penting kita kena SABAR...

Till then, ~adios~®

Saturday 6 October 2012

Lelaki Korea

Salam...
Lama sangat dah tak update blog..kalau ikutkan hati ni, hari2 nak update...dalam kepala ni macam2 yang bersarang nak dicoretkan tapi bila sampai time nak menaip mengarang semua yang bersarang terus berkubur..hehehehe

Seperti tajuk entry akak kali ni, alhamdulillah akak dimurahkan rezeki so baru balik dari dream trip akak ke Seoul, South Korea. 10 hari akak di sana menenangkan jiwa akak a.k.a menurunkan kadar blood pressure akak yang agak tinggi ini...ok, pasal darah tinggi and cerita details pasal akak ke korea next entry okeh..Entry kali ini just nak cakap pasal laki2 korea yang ganteng2....gantengkah?? Cubalah tengok gambar yang akak letak ni..

Takderlah nak kata diorang hensem sangat tapi bolehlah ikut citarasa akak kan...ada kawan2 akak kata, pergi korea langsung tak nampak orang handsome..akak sangat pelik..diorang nyer taste tinggi sangat ker sebab time akak pegi, selang 10 minit ada jer mamat korea yang berwajah tampan lalu..confius akak ngan statement kawan akak tu..

Dalam dok tengok wajah lelaki2 tampan ini, tak bolehla nak keluar perkataan HANDSOME sebab takut diorang paham then terperasan lebih kan...so akak and cousin2 akak decide gelar diorang LELAKI KACAK..hehehe..serius ramai lelaki kacak yg akak jumpa tapi yang tak bestnyer ialah hampir semua yang super kacak jalan ngan girlfriend..huhuhu setakat boleh cuci mata sahaja..nak ambik gambar nanti ada yang kena sumpah seranah ngan girlfriend dia...

Satu lagi isu bila dikaitkan ngan lelaki or perempuan korea ini ialah pembedahan plastik..asal cantik or kacak, ramai yang kata 'ala..mesti dah buat plastic surgery, tu yang cantik/handsome tu..'. Takderlah semua kan yang buat tapi memang tak dinafikan di korea, iklan pembedahan plastik sangat terbuka dan biasa dilihat di mana2..common thing to them especially untuk yang duduk area gangnam..bukan lagu gangnam style jer yg popular tapi klinik plastic surgery sangat banyak dan terkenal di area gangnam ini...

Hakikatnya, buat pembedahan atau tak terpulang kepada diorang..yag penting akak dapat dengan gembiranya mencuci mata dengan ketampanan dan kekacakan mereka..dan dengan kuat dan tanpa segan silunya memuji mereka..hehehe dalam bahasa melayu 'kacaknya mamat sebelah aku ni'..'kacaknya..tampannya...kenapa kau kacak sangat..'...hehehe...itulah antara ayat2 yang akak tuturkan depan lelaki2 ini..bukan berbisik tapi bercakap dengan suara yang biasa..time ni rasa best sangat diorang tak paham apa yang kita cakap..

Oklah..back to reality..akak back to Malaysia dimana semua orang paham apa akak cakap..so, tengok dan cakap dalam hati jerlah kalau nampak or jumpa jejaka kacak..itupun kalau jumpa..hahahaha..

Till then, adios..