Saturday 6 October 2012

Lelaki Korea

Salam...
Lama sangat dah tak update blog..kalau ikutkan hati ni, hari2 nak update...dalam kepala ni macam2 yang bersarang nak dicoretkan tapi bila sampai time nak menaip mengarang semua yang bersarang terus berkubur..hehehehe

Seperti tajuk entry akak kali ni, alhamdulillah akak dimurahkan rezeki so baru balik dari dream trip akak ke Seoul, South Korea. 10 hari akak di sana menenangkan jiwa akak a.k.a menurunkan kadar blood pressure akak yang agak tinggi ini...ok, pasal darah tinggi and cerita details pasal akak ke korea next entry okeh..Entry kali ini just nak cakap pasal laki2 korea yang ganteng2....gantengkah?? Cubalah tengok gambar yang akak letak ni..

Takderlah nak kata diorang hensem sangat tapi bolehlah ikut citarasa akak kan...ada kawan2 akak kata, pergi korea langsung tak nampak orang handsome..akak sangat pelik..diorang nyer taste tinggi sangat ker sebab time akak pegi, selang 10 minit ada jer mamat korea yang berwajah tampan lalu..confius akak ngan statement kawan akak tu..

Dalam dok tengok wajah lelaki2 tampan ini, tak bolehla nak keluar perkataan HANDSOME sebab takut diorang paham then terperasan lebih kan...so akak and cousin2 akak decide gelar diorang LELAKI KACAK..hehehe..serius ramai lelaki kacak yg akak jumpa tapi yang tak bestnyer ialah hampir semua yang super kacak jalan ngan girlfriend..huhuhu setakat boleh cuci mata sahaja..nak ambik gambar nanti ada yang kena sumpah seranah ngan girlfriend dia...

Satu lagi isu bila dikaitkan ngan lelaki or perempuan korea ini ialah pembedahan plastik..asal cantik or kacak, ramai yang kata 'ala..mesti dah buat plastic surgery, tu yang cantik/handsome tu..'. Takderlah semua kan yang buat tapi memang tak dinafikan di korea, iklan pembedahan plastik sangat terbuka dan biasa dilihat di mana2..common thing to them especially untuk yang duduk area gangnam..bukan lagu gangnam style jer yg popular tapi klinik plastic surgery sangat banyak dan terkenal di area gangnam ini...

Hakikatnya, buat pembedahan atau tak terpulang kepada diorang..yag penting akak dapat dengan gembiranya mencuci mata dengan ketampanan dan kekacakan mereka..dan dengan kuat dan tanpa segan silunya memuji mereka..hehehe dalam bahasa melayu 'kacaknya mamat sebelah aku ni'..'kacaknya..tampannya...kenapa kau kacak sangat..'...hehehe...itulah antara ayat2 yang akak tuturkan depan lelaki2 ini..bukan berbisik tapi bercakap dengan suara yang biasa..time ni rasa best sangat diorang tak paham apa yang kita cakap..

Oklah..back to reality..akak back to Malaysia dimana semua orang paham apa akak cakap..so, tengok dan cakap dalam hati jerlah kalau nampak or jumpa jejaka kacak..itupun kalau jumpa..hahahaha..

Till then, adios..



No comments: