Thursday 6 October 2011

Murah Rezeki..

Salam...


Seperti tajuk entry akak pada kali ini...hehehe..since birthday akak kan hujung bulan lepas iaitu 26hb September 198#, akak rasa sejal masuk 3 series ni alhamdulillah rezeki akak sikit2 datang merangkak towards akak...kau ado rezeki datang merangkak macam akak?? hehehe


1st pada hari birthday akak itu, akak ada terhantar sms join contest cinepasses from RED FM with Terry petang on the way nak gi kelas ..DJ Terry tu sebut info tentang nama2 pelakon then last sekali dia sebut salah seorang pelakon ialah mamat yang jadi The Torch dalam Fantastic 4 and Captain America yang latest...nama dia Chris Evans..akak pun dengar jer..then dia kata saper nak menang tiket, penghantar SMS ke sembilan yang bg nama pelakon dengan betul, akan dapat 4 keping tiket ke premier movie tu kat GSC Mid Valley..aka k pun hantar then tengah berenti kat traffic light, akak dapat call cakap "Hi Norafiza, this is Terry from RED FM. You've won 4 tickets to Movie Premiere of What's Your Number. Congratulations!!!" ..Akak terkedu terus menjerit..hehehe..



2nd , besoknya pulak akak dapat SMS dari cousin akak mintak nama penuh and IC number..akak ingatkan dia nak simpan untuk reserve tiket ke Korea bila murah as per kitorang punya discussion sebelum tu. akak pun just bagi dia then after 1 hour, akak dapat SMS dari dia kata "Ja, ticket to Seoul, Korea confirm. Sila bayar RM880 hujung bulan ni." Tak ker terkrjut beruk akak dibuatnya. mana akak nak cekau duit sedegebuk tu dalam masa beberapa hari saja..then akak call dia tanya, cousin akak kata "Beli guna kad kredit bibik (makcik kitorang), kau nego ngan bibik macam mana nak bayar.."..akak ni dengan pantas call bibik akak tanya pasal payment dengan suara sedih tak mampu nak bayar sekaligus..then bibik akak kata "takper, bayar rm100 sebulan pun takper..asalkan bayar"..huh rasa nak pecah jantung akak sebabkan terlalu gembira sebab dah confirm (InsyaAllah) tiket gi Korea yang akak idamkan selama ni and tak payah risau nak bayar sikit2..rezeki..hehehe

3rd, 3 hari lepas tu plak ada birthday celebration kat opis akak for those yang birthday dia bulan 8 and bulan 9. akak pun pegilah..seperti biasa ada cabutan bertuah and selama 6 tahun akak kerja kat company ni, tak pernah dapat apa pun lucky draw bagai...tengah akak beratur ambik makanan and gaduh2 ngan sorang abang ni yang nak potong barisan, akak dengar orang sebut "Cabutan bertuah seterusnya, Norafiza Wahi Anuar"..akak dengan kuatnya menyebut "Alhamdulillah" sambil keluar barisan nak gi ambik sampul cabutan bertuah ituh...dapatlah akak RM100...

4th, hari Ahad baru ni akak bukak laman web RED FM sebab nak tengok2 jer, then nampak plak poster Westlife punya Concert..akak ni teringin nak gi sebab suka lagu2 dia..tapi tak boleh nak gi sebab tak cukup duit untuk beli tiket...duit yang ada semua ada gunanya..huhuhu..tiba2 akak nampak satu slot ni kat RED FM midnight love song, slot RED FM Threesome. Just submit online form 3 lagu yang kita nak dengar and kalau kita punya request tu dipilih, dapat a pair of ticket (yang Gold class-RM255) ke concert Westlife tu..akak pun hantarlah..lagu2 yang akak pilih ialah 1)I'll never break your HEART (BSB), 2)Unbreak my HEART (Tony Braxton) and 3)My HEART will go on (Celine Dion)..malam besoknya, pukul 11.30 malam, akak dapat call...DJ myn kata "Norafiza, Congrats..your selection of songs have been chosen for RED FM Threesome. You've won a pair of ticket to Westlife Concert." Jerit lagi akak tengah malam tu...hahahaha...


Akak sentiasa berdoa rezeki akak akan makin bertambah supaya taklah akak menyusahkan orang lain meminjamkan akak duit setiap hujung bulan or ketika ada masalah lain..dapatlah jugak akak membantu family akak especially mak bapak akak...semoga dengan bertambahnya umur akak ni, bertambahlah jugak wisdom akak...amin...

oklah, dah panjang lebar akak menaip kali ini..doakan akak yang baik2 yer guys..maafkan mana yang tersalah okeh, jangan simpan dalam hati...as for now,

adios

Saturday 20 August 2011

Accident Langgar Bontot

Salam..

Huhuhuhu...berita tak baik..semalam akak sekeluarga lengkap berbuka puasa di The Manhattan Fish Market Jusco Seremban 2...tang tu bestla...tapi yang tak bestnyer ialah bila time balik dari berbuka tu..

Semua sekali 3 kereta..akak satu kereta dengan mother, father and anak buah akak aaron. akak yang drive. adik2 lelaki akak satu kereta and adik2 pompuan akak ngan laki dia satu kereta..so, sampai jer kat satu traffic light tu, akak tengok lampu hijau lagi tapi kereta depan penuh sebab ada satu lagi traffic light kat depan tu merah...akak nak jalan tapi depan akak petak kuning and kereta depan akak pun dah dalam petak so, akak pun berentilah sebelum petak kuning sebab akak tak suka duduk tengah2 jalan time lampu isyarat akak merah...baru berenti, angkat break gear neutral, tiba2 DOOM!! tersentak giler akak..nasib baik anak buah akak tak tercampak kedepan...nauzubillah...akak panik giler takut mother akak kat belakang sakit kena hentak kuat..dahla hujan renyai2 ringan..father akak yang keluar dulu...akak ni sibuk tengok mother and aaron takut sangat ada apa2..kereta belakang kira...

bila dah confirm diorang ok, akak keluar kereta..aaron still nangis sebab terkejut..risau akak ngan dia...akak yang langgar bontot kereta akak tu pakai proton waja...dia pulak dilanggar belakang oleh proton persona..so akak tu depan belakangla habis...yang peliknya kereta akak macam takder rosak sangat pun..adalah kemek sikit..tapi hentaman dia memang kuat..akak sampai sekarang dok sakit belakang tersentak time tu..akak tu dok bising2 kata dia bawak slow bagailah..lepas tu siap tanya father akak macam mana kitorang nak settle kereta dia...ada ker dia suruh kitorang yang bayar rosak kereta dia...banyak cantik...kau yang langgar aku, then ada hati aku nak bayar kau...bila father akak kata kitorang akan claimed insuran dia untuk repair kereta akak, dia blur and kata tak patut...halloo..langgar belakang macam mana pun tetap salah..

so, semua setuju pegi balai polis untuk report..akak memang nak reportla sebab akak nak claimed insuran akak tu...sampai kat balai polis, tunang mamat yang bawak kereta ke3 yang langgar belakang kereta akak tu, sibuk kata tunang dia bawak kereta slow sebab tengok lampu traffic light dah kuning...tadi kat luar dia kata sebab lampu hijau dia jalan biasa jer sebab tu tak sangka orang berenti..kejilah putar belit statement..kekwat giler minah tu...siap bisik2 ngan tunang dia depan aku and pandang aku macam nak makan..ello, kau tu kecik jer tau tak...sekali aku lempang melayang...dia kecoh2 kat kawan dia kata aku bangang sebab berhenti sebelum petak kuning padahal jauh lagi dengan kereta depan...wei perempuan bangang, petak kuning tu kalau aku berenti kat situ, boleh kena saman tau tak??? kau nak bayar saman aku ker??

lepas aku dah buat report, aku pun blah dari balai polis tu..polis tu sendiri kata yang aku takkan kena saman..sekarang ni antara saman kereta ke3 jer atau saman kereta ke2 dan ke3 sekali...aku memang suka kereta ke3 tu kena saman..kerek giler...dah balik tu baru aku tau dari adik aku yang kereta tu sebenarnya kereta minah tu and baru beli dalam 3 bulan macam tu..kesian jugak tapi bila kenangkan kekerekkan minah tu, padan muka dia...

so, alhamdulillah semua yang dalam kereta takder apa2 yang cedera and kereta pun tak rosak major..oklah, hari ni appoinment bukak puasa dengan bard and shah kat kelab golf perkhidmatan awam, bukit kiara damansara...harap2 takderlah kejadian yang tidak elok berlaku selepas ini...trauma kejap akak...ok, selamat berpuasa dan berbuka..till then,

~adios~

Friday 19 August 2011

Kim Hyun Joong Autograph Session

Salam..

Hahahahaha..akak sangat feeling2 gembira sangat since semalam..setelah 2 tahun mencuba nasib, akhirnya impian akak untuk mendapat autograph dari penyanyi/pelakon korea yang sangat akak minati, Kim Hyun Joong termakbul sudah...

Asalnya akak dah putus asa setelah tahun lepas entry akak just tinggal entry sahaja..so, akak pun buat tak tahu pasal KHJ nak datang malaysia bulan ni..lagipun poket akak tengah kering...dahla nak masuk entry tu kena beli barangan face shop more than rm200 and kena include BB cream yang akak memang tak pakai uolls...so lagilah akak hilang semangat nak masuk..

Then tiba2 satu pagi kat mantin tu, adik akak tanya mana nak beli BB cream and dia memang nak beli some product kat Face Shop tu...apa lagi, akak pun rekomen la BB cream Face Shop kat dia and besoknya terus ajak gi Mid Valley beli semua tu..total dia beli tak sampai rm200 so akak tambah beli pencuci muka akak and kena beli album dia rm19.90..so total modal akak tak sampai rm50.00...hehehe..and akak tawakal jer..tak nak letak harapan tinggi menggunung..takut keciwa..

Then petang rabu hari tu, on the way akak balik shah alam dari jalan TAR dengan shah, akak dapat panggilan phone dari nombor yang tak dikenali...akak pick up and dia bagitau yang dia call from The Face Shop and akak one of the 100th lucky person to get the autograph from KHJ homself...hahahaha akak tak tercakap apa...

Letak jer phone, akak terus menjerit samapai si shah kata akak gila...hahahahaha...tak percaya tapi kena percaya jugak...sebab akak memang nak sangat jumpa dia face to face...nanti akak kalau dapat ambik gambar dia, akak upload kat facebook and kat sini, InsyaAllah...doakan akak tak pengsan bila berdepan dengan dia...hehehehehe...Fazilah, aku tau kau tak suka dia menari tapi aku tetap rasa dia seksi menari macam tu...hahahaha...

Oklah, will update later lepas jumpa KHJ this coming monday (22nd August 2011)...Till then,

~adios~

Monday 1 August 2011

Suka Suki Editing

Salam..

Sebelum akak meneruskan dengan isi sebenar entry kali ini, akak ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada sekalian umat Islam umumnya dan family and teman2 khasnya..Semoga Ramadhan kali ini bertambah lagi amal baik yang dilakukan dan berganda2lah keberkatan yang diterima..amin..

Ok, berbalik kepada tajuk entry kali ini..hehehe..suatu petang yang bosan rasanya minggu lepas kot, akak sangat bosan dan tiada mood untuk membuat kerja apatah lagi mahu berjalan2..so, akak teringat satu laman web yang disyorkan rakan akak, hana. laman web ini membolehkan akak meletak muka di badan atau objek2 yang akak mahu...so, setelah dicantumkan muka akak dan body2 orang lain, dan setelah editing dilakukan di Picasa, ada 3 hasil yang akak suka bangat!!...hahahaha..kenapa akak suka?? sebab akak rasa akak cantik and hot sangat dalam gambar2 ini..kau ado perasan macam mak?? jom kita tengok hasil editing akak yang amatur ini...

gambar 1

comment : seksi and kurus tak akak dalam gambar ni??hehehe

gambar 2


comment : saper lelaki yang memeluk akak itu?? akak pun tak kenal...hehehe

gambar 3


comment : akak paling suka gambar ni..ala2 macam ratu rock ella gitu...

nampak real tak gambar2 diatas tu..hehehe...kesimpulannya kalau akak nanti dah kurus, insyaAllah akak takkan bergambar tak bertudung and berpeluk and seksi begini...ini hanyalah angan2 sahaja..hehehe...

Oklah, akak nak sambung buat kerja..mood kerja dah datang balik..nanti bila akak ada idea nak tulis entry, akak datang balik..

~adios~

Monday 2 May 2011

Perlu ker nak tiru korea???

Salam...

Sekarang ni akak ada kat fakulti accountancy yang terletak di tingkat 8 menara ssaas uitm shah alam..hmmm..semalam akak terbaca satu blog ni, nama blog ni ialah blog cik epal.. sangat comel dan bersahaja tulisan blog dia...rasa nak gelak pun ada..well, yang membuatkan akak menjengah blog cik epal ini ialah akak terlihat sesuatu yang berkaitan dengan korea...bila dah baca blog cik epal ni hah la baru akak tau yang kat malaysia dah wujud kumpulan2 lelaki dan wanita yang berangan sangat nakz jadik ala2 korean group gituh...kekwat sangat diorang ni...bak kata cik epal dan pengomen2 entry blog cik epal, rasa nak muntah hijau tengok diorang punya gambar and angan2 bagai..salah satu entry pasal satu kumpulan berangan korea sangat ni hah..sila click sini..

entahlah nyah..akak pun tak tahulah kenapa orang malaysia ni suka sangat nak tiru gaya artis2 luar ni bagai..kalau tiru tapi still ada identiti tersendiri dan juga mantapz meletopz gitu tak aper lah kan...ini imej and semua bagai macam memang nak kena maki hamun and cacian orang jer..cubalah sesuaikan budaya kita dengan corak atau imej kumpulan tu hah..bukanlah akak nak suruh kome pakai baju kurung or baju melayu bagai untuk menari hip hop tapi at least tutuplah mana yang patut...seksi or cantik or hensem nyer seseorang tu bukan terletak pada banyak mana terdedahnya badan korang tu hah...yan artis luar tu terdedah banyak mana pun, dah tu budaya diorang, tak payahlah nak kesah bagai...haish.hilang ilmu akak bila banyak membebel ni...

oklah, si shah dah jeling2 akak asyik menulis blog jer study nyer hampeh...kang kalau dia memekak membebel kat telinga akak ni, seminggu tak hilang bingit suara dia...hahahaha...sebab akak yakin dan pasti dia takkan bukak log akak ni itulah pasal berani mengutuk dia ni...hahaha...klah got to study..wish me all the best okeh...till then,

adios

Monday 25 April 2011

Morning...

Salam...

Entah kenapa hari ni tiba2 pagi2 dah rasa nak tulis something kat blog...

Tengah hari ni akak nak kena gi IOI mall nak bayor duit kad kredit then nak direct gi Sunway Pyramid..nak gi redeem ticket showcase 2AM and nak belikan lagi satu ticket untuk Fazilah..sorrylah makcik, lambat sikit gi beli coz aku ni agak bz kat opis..lagi satu, ticket showcase jer yang tinggal..ticket autograph dah habis..huhuhu..

Apa lagi agenda akak hari ni?? Sekarang rutin akak hari2 ialah pagi gi kerja, balik kerja terus gi fakulti study untuk final exam..rasa penat study, gi makan then dah kenyang, balik umah bukak internet layan facebook or cerita2 best and lastly akan tertidur time tengah tunggu page loading atau tunggu orang reply chat...asyik kena marah ngan sesaper yg chat ngan akak..bunyi phone atau msg memang dah tak dengar dah..entah bilalah tidur akak ni nak cukup...hari2 just tido dalam 4 atau 5 jam jer..tapi tak kurus2 gak...hehehe

Oklah, dah nak buat kerja..nak kena siapkan banyak kerja sebelum akak bercuti 10 hari start minggu depan untuk final exam..till then,

adios

Sunday 24 April 2011

Korean Wave

Salam...

Hmm kali ni akak nak cerita sikit pasal minat akak kat dunia korea ni...hahaha...akak paling minat drama2 dia tapi recently, akak dah jadik peminat muzik korea jugak...idol2 muda korea juga jadi bahan tontonan akak...tapi akak pilih band..akak tak suka sangat band2 or group yang dahla nyanyi tak berapa sedap then menari pun tak hebat and mantap...so, sekarang ni antara kumpulan yang akak minat ialah B2ST (beast sebutannya), 2PM, 2AM, SHInee, Super Junior untuk kumpulan lelaki...untuk kumpulan gadis2, akak suka 4minute, After School dan Brown Eyed Girls..kalau solo, akak suka Lee Seung Chul and IU and G.Na...ni antaranyalah..banyak lagi yang akak just suka lagu diorang..

Pada tanggal 13hb Januari 2011 hari tu akak berkesempatan pergi Digi Live K-Pop Party 2011 dan rakaman Hitz TV pada 14hb Januari 2011 yang menampilkan B2st, 4Minute dan G.Na..Mereka ni sangat bertenaga dalam membuat persembahan...sangat akak terpukau dengan tarian mereka yang energetic..akak duduk di bahagian Gold Seat yang berharga RM200...huhuhu nasiblah akak disponsor, kalau tak memang tak mampulah akak nak pergi kerana harga tiket yang mahal..tapi akak tetap sangat puas hati..at least rindu akak pada Kim Hyun Joong terubat bila melihat artis korea yang lain...gitu...hehehe

Next in the line ialah akak akan pergi ke Showcase kumpulan ballad korea yang bagi akak sangat merdu paduan suara mereka iaitu kumpulan 2AM..tanggal 20hb Mei ini akak akan ke sessi autograph mereka dan pada 21hb Mei pula akak akan ke showcase mereka pula..hahaha..tak sabar rasanya nak melihat mereka didepan mata ketika sessi autograph..kerana ianya limited to 400 pax only...akak miss dia punya chance untuk sessi beramah mesra plus game show bersama mereka..it's limited to only 15 pax terawal...mana nak dapat kan...huhuhu..takper, yg penting dapat jumpa..betul tak..

Sorrylah gambar takder yang clear..harap nanti akak akan ada gambar diorang yang clear...cross my finger...oklah..got to work right now...till then,

adios

Friday 1 April 2011

Final Year Project

Salam... Final Year Project..hmmm...untuk hari ini dalam sejarah, akak fail paper Final Year Project (FYP1) akak...proposal tak lengkap and kena redo balik proposal tu... Buat kena gelak jer fail paper FYP1..nampak sangat akak ni tak reti buat proposal..and tak cukup buat research nak buat proposal tu...haish, Fiza..boleh tak jadik rajin sikit buat Literature Review tu..nampaknya dalam cuti semester yang agak panjang ni, terpaksalah akak membuat dengan gigihnya FYP1 akak..takder masa nak main2 dah...nanti tak grad semata2 FYP1 tak ker haru bunyinyer... Untuk saper2 yang terbaca entry akak ni yang ada info tentang Space Vector Modulation (SVM)-Single-phase and Three-Phase and its Total Harmonic Distortion (THD), tolonglah akak yer..macam nak tuko tajuk pun ader..tapi macam sayang jer...huhuhu...rilek Fiza, mesti boleh buat punya..kalau tak, macam mana nak sambung master and PHd nanti.?? Nak kena belajar buat Matlab jugak untuk simulation benda ni..jawabnya google lah memanjang akak lepas ni nak dapat info..nak tengok citer korea pun dah tak lalu sekarang ni sebab pening kepala pikir tak siap FYP ni hah...sampai akak hari tu ada sekali gi klinik cakap ngan doktor "Doktor, saya sangat stress.." (dengan muka stress..) terus dapat MC 2 hari untuk rehat and hilangkan stress akak..nasib dia tak rujuk akak ker pakar sakit jiwa jer time tu... Oklah, nak sambung buat kerja sikit then nak balik mantin..nak tengok anak buah kesayangan akak..Aaron Safwan..tu jerlah pengubat hati sekarang ni..hehehe...si debab yang dah lawan anak Fazilah besornya...nanti dah besar sikit boleh bawak jalan2 main2 ngan anak Fazilah..**buat macam anak sendiri jer...matilah kalau mak nyer dengar..ada akak kesah?? hehehe.. oklah, that's all for now.. ~adios~

Tuesday 11 January 2011

Tahun Baru 2011

Salam hadirin dan hadirat sekalian..

Entry kali ni bersempena tahun baru...ya..walaupun sudah hampir 11 hari kita melangkah ke tahun 2011 ini, akak baru ada mood nak menulis so redha jerlah dengan kelewatan entry akak ni yer..anyway, SELAMAT TAHUN BARU!!! Selamat tinggal tahun lama...hehehe...

Bila sebut tentang tahun baru, mesti ramai yang mengaitkannya dengan azam tahun baru kan...kan..kan...sebelum kita melihat apakah azam tahun baru akak, mari kita lihat dulu azam tahun lepas yang akak buat...tercapaikah???

1- Nak dapat anugerah dekan.. (ni memang jauh panggang dari api..dapat terbalik adalah.. huhu)
2- Nak gi melancong ke Australia.. (tak cukup budget, so tukar gi ho chi minh, vietnam..)
3- Nak turunkan berat badan paling kurang 20kg.. (naik lagi adalah berat badan akak..sedih nyer pasal..kau ada macam akak sedih naik berat??)
4- Nak beli mesin basuh... (misi tercapai..)
5- Nak beli set bilik tido.. (tetaplah tilam shah bagi jer yang baru kat bilik akak tu..)
6- Nak beli sofa.. (misi tercapai..)
7- Nak beli kamera canggih DSLR... (ni pun tak sangka tercapai...hooray!!)
8- Nak menyimpan duit paling kurang RM600 tahun ni... (simpan tapi nak dekat hujung tahun, terpaksa guna..sedih tapi redha..)
9- Nak naik pangkat/gaji... (tak naik pangkat tapi naik gaji..alhamdulillah..)
10- Nak kawin.. (yang ni 5 tahun lagi kot baru tercapai..)

So, kesimpulannya akak dapat melaksanakan hampir separuh dari azam akak tahun lepas..Mana yang tak terlaksana tu, lagi sekali akak redha..belum ada rezeki dan jodoh.. tahun 2010 ialah tahun yang paling mencabar bagi akak dari segi pengurusan kewangan dan pengajian ijazah akak...akak berdoa semoga akak senantiasa tabah dan kuat dalam menghadapi segalam macam dugaan yang mendatang..

Mari kita tutup tirai 2010 secara rasmi dengan menyenaraikan 10 azam tahun 2011..here comes the list..jeng jeng jeng...**drum rolls**

1- Nak naik pangkat
2- Nak pergi melancong ke Korea@Australia@Singapore
3- Nak dapat keputusan periksa yang bagus..tak nak ada paper yang fail..
4- Nak jumpa/ pegi konsert Kim Hyun Joong@Maher Zain@artis korea yang lain..
5- Nak belajar masak makanan yang tak pernah masak sebelum ni
6- Nak belajar buat voltage stabilizer kereta sendiri..
7- Nak beli set bilik tido..
8- Nak simpan duit paling kurang RM600
9- Nak turunkan berat badan paling kurang 20kg
10- Nak date@tunang@kawin

So, tulah list nyer...akak pening pikir tapi buat masa ni tu yang akak terpikir..azam no. 7 sampai no. 10 tu akak ulang dari tahun lepas..and semua tu akan ada dalam list akak selagi tak tercapai..hehehe...hopefully semua yang membaca dapat bersama mendoakan yang akak akan berjaya mendapatkan apa yang diidam...amin...yang penting, akak harap semua orang mendapat yang terbaik dan sentiasa berbahagia di samping keluarga dan insan tersayang di masa yang mendatang ini..hargailah segala apa yang kita ada selagi kita masih ada..till then, wassalam.

~gambatte kudasai!!~

~adios~