Thursday 18 July 2019

Salam 2019

Salam 2019..

Ya Allah lamanya akak tak menulis diblog akak yang hidup segan mati tak mahu ni. Almost 3 years dah. Jengok gak kadang2 baca balik tulisan lama2 tapi tak tergerak tangan ni nak menulis yang baru. Idea selalu kering bila depan mata. Tengah melayan angan2, banyak rasanya nak tulis. Biasalah semua tu...dari start blogging sampai sekarang alasan yang sama akak guna bila dah lama tak menulis. Hehehe...

Entah ada yang membaca or entah tak. Akak redha dan pasrah. Bukan benda yang akak kejar viral famous blogger bagai. Sekadar satu medium tempat untuk meluah rasa and apa yang ada kat kepala ni. Bila mana rasa dihati sudah tak dapat dibendung lagi, kesinilah tempat akak. Di blog usang inilah akak menaip tapi kadang2 tak tertekan button publish tu. 

Ok, sedikit update pasal akak. Still belum berjodoh means still single and available. Still BamBam macam dulu turun naik berat and akhirnya maintain naik jer. Huhuhu..Still dengan circle kawan2 lama. Yang baru datang dan pergi. Yang lama tetap setia disisi. Akak pun sekarang ni just focus untuk diri akak sendiri and yang tersayang sahaja (family and kawan2 rapat).

Family akak makin membesar, now akak dah ada 10 orang anak buah and coming lagi sorang this October. So by raya tahun depan dah 11. Itupun kalau takder yg mengandung lagi dalam masa terdekat ni. Rezeki semua tu. Takder anak sendiri tapi cukup meriah ngan anak2 buah yang macam2 kerenah ni. Tak menang tangan wan, atok, mak long, mak ngah and mak2 and bapak2 masing2 kalau dah semua berkumpul sekali.

Oklah, setakat ni mukadimah untuk tirai 2019 kali ni. InshaaAllah akak cuba rajinkan diri untuk terus menulis especially tentang travel2 log akak. Yang dah lepas biarlah lepas, malas nak recap balik. Kita teruskan dengan yang bakal datang. InshaaAllah Road Trip Utara this August and Singapore Kenduri Trip this September. Stay tuned.

Till then,
Adios

Tuesday 17 May 2016

Cuti2 Malaysia : Pulau Perhentian & Kota Bharu - Day 3

Salam..

Dah hari ke 3..sekejap jer rasa bila kita happy..rasa tak nak balik pun ada..nak jadi orang pulau jer boleh?? hahaha...lepas tu hitam legam sebab kulit akak sensitip okeh...cepat sangat sunburn...so kenalah balik kan...benda yang bermula pasti ada akhirnya..so pagi tu sarapan dulu...lepas sarapan puas2, jalan2 buat kali terakhir tepi pantai menikmati keindahan pulau and kenyamanan pagi di sini...
Rasa tak nak balik lagi muncul...huhuhuhu..kenapa kena balik?? lempang muka sendiri baru teringat ada keluarga yang tunggu akak kat tempat lain, ada kerja yang sedang tunggu akak siapkan and banyak lagi yang sedang tunggu akak di balik pulau..hehehe drama sangat kan?? jom tengok gambar akhir di pulau..







nilah dia abang wan yang banyak tolong akak..

So kitorang balik ke jetty kuala besut dengan bot cocohut chalet ni..and sampai jer ke jetty, kitorang semua naik van ke airport sebab nak ambik kereta sewa kat airport..kitorang sewa kereta untuk sehari sebab senang nak gi jalan2 makan2 and shopping2..sampai jer airport, settle hal kereta then terus gi carik makan tengah hari..lapar wei...takder kerja lain, mencekik jer kan..kitorang makan nasi ayam ker nasi kerabu ayam panggang tak ingat tapi agak mahal gak makan kat situ...so akak tak nak recommend apa2..just biasa2 jer makannan dia..then lepas dah kenyang kitorang gi check in hotel..kitorang tido Hotel Perdana KB satu malam and ambik 2 bilik..pandai2lah berhimpit tido sebab nak jimat sangat kan...akak tak kesah sangat pun..

Bila dah check in, siap2 and keluar nak shopping kat pasar siti khadijah..akak jadik driver....so kitorang pun pergilah tapi akak sorang tak masuk pasar...akak lepak kat mall depan tu sebab malas nak shopping...tak cukup budget...takut tengok nak beli..naya akak...so tahan diri dari tengok..bila diorang semua dah habis shopping, kitorang gerak plak gi carik teh tarik madu yang buih dia sangat meletops...akak lupa lagi nama kedai dia..tapi memang terbaiklah teh tarik madu dia...abc dia pun boleh tahan...



nampak tak buih dia?? lazat!!

So lepas dah kenyang, kitorang gerak ke rumah pakcik kitorang, Pak Uda..pegi lawat sebab dia tak sihat, sakit kencing manis and jantung kalau tak silap..kang kalau tak pergi, mesti bapak akak bersyarah setahun kenapa tak lawat dah alang2 kat sana?? tapi akak memang dah niat nak gi lawat okeh bukan sebab kena paksa..lepas dah lawat, kitorang balik hotel...okeh, dah lapar balik..so, turunlah makan kat restoran yang ada dalam Hotel Perdana tu..sedap and portion besar and MURAH!! yer, makanan hotel yang paling murah setakat ni yang akak pernah makan ni..recommended makan kat sini...harga ala2 makan kat kedai western biasa tapi layanan macam raja..gituh akak promote kan.. oklah lepas makan naik bilik and tido..mana tak gemok?? sambung besok okeh..

Till then,
ADIOS

Cuti2 Malaysia : Pulau Perhentian & Kota Bharu - Day 2

Salam..

Ok bersambung kita ke hari kedua di Pulau Perhentian (PP)..pagi ni akak bangun dengan segarnya setelah nikmat tidur awal malam tadi..lepas solat subuh terus siap2 dok kat luar menikmati suasana pagi di pulau...angin sepoi2 bahasa mendodoi akak so terasa macam nak tido balik...ok, once dah time nak breakfast, hilang rasa mengantuk sebab rasa lapar lagi menggunung tinggi...hehehe

Lepas breakfast, lepak2 jalan tepi pantai and balik bilik siap2 nak gi snorkeling lagi...kali ni nak gi port lain plak..kau jangan tanya akak nak gi mana or nama port tu apa sebab akak memang tak hingat semua tu...bagi akak semua tengah laut and semua tempat cantik...kali ni kitorang pergi satu tempat dalam sikit and terumbu2 karang dia lagi cantik...yang tak berapa best ialah laut agak bergelora and asyik menolak akak ke tepi...asyik nak ke tebing langgar batu tebing...huhuhu...nasiblah ada abe wan tolong...kaki akak yang cramp time nak naik bot pun abe wan yang tolong urutkan....nasib kaulah abe wan dapat budak jagaan macam2 hal...bukan kena guide jer siap kena jadik tukang urut...

Lepas dah kat laut dalam, kitorang gi satu pulau ni and lagi sekali akak lupa apa nama pulau tu...panas sangat so yang lain banyak duduk kat tempat teduh...akak tidak uollss...dah alang2 berjemur kepanasan, akak mandi jer tepi pantai tu sambil carik gamat hidup...hehehe...geli mula2 lepas tu rilek jer pegang...nampak tak riak bunyi ayat akak? hahahha

muka geli pegang gamat hidup

akak sebati dengan alam


Nampak tak muka2 happy semua...lepas dah habis berpenat lelah snorkeling bagai, semua balik dengan hati yang puas dan gumbira..dan semestinya LAPAR....hahahha...apa lagi, lunch sedang menunggu...masing2 kebulur okeh...yerlah dah keluar semua kedrat berenang2 kuak lentang, mermaid stail bagai mana tak lapar kan...lepas jer makan terus masuk bilik..solat zohor and asar then terbaring...tapi kami tak tidor yer adik2 akak2 abang2...kami main game masing2 jadi gila gelak sakan...happy kan bila cuti dengan yang sekepala semua...

Since petang ni acara bebas, kitorang semua menghabiskan sisa2 petang dengan mandi2 suam kuku tepi pantai depan bilik and lepas tu masing2 dok berjemur sambil ambil gambar berlatarbelakangkan pulau yang sedang mula senja..gambar lompat nak ambil tapi almaklumlah akak ni lompat tara mana pun, macam jengket jer jadiknya...tak larat nak angkat badan lompat tinggi2..hehehe

nampak tak cubaan akak nak melompat?

sama tak gaya akak? lompat katak namanya

akak suka sangat gambar ni

Lepas senja and selesai solat maghrib and isyak, kitorang semua makan lagi...kali ni bbq dinner..pun sampai tak larat nak makan dah...plus dia takder daging...semua bbq seafood..akak ni barbarian..daging merah itu wajib bila sebut bbq...tapi itu jer yang ada, hadap jerlah...bersyukur dengan apa yang ada...kenyang alhamdulillah..malam tu akak berbaring di kerusi tepi pantai and melihat bintang2 dilangit...memang meriah sangat bintang2 malam tu...takder gambar sebab memang gelap and akak sungguh2 menghayati keindahan malam itu...sambil melayan musik jiwang...hahaha...rasa nak tidur bawah cahaya bulan malam tu tapi takut nyamuk so masuk bilik..hehehe..so tidolah masing2 dengan mimpi indah dibuai angin aircond...sambung hari besok plak..hari last di pulau..

Till then,
ADIOS

Monday 16 May 2016

Cuti2 Malaysia : Pulau Perhentian & Kota Bharu - Day 1

Salam..

Mood akak tengah rajin nak hupdate blog akak yang selalunya setahun sekali jer berpenghuni ni...
OK, just nak cerita tentang akak jalan2 ke Pulau Perhentian (PP) & Kota Bharu (KB) Kelantan bulan lepas, bulan April.. Akak pergi PP dari 7hb April 2016 sampai 9hb April 2016 (Khamis sampai Sabtu) then balik dari PP, tidur satu malam kat KB jalan2 carik makan kat situ plus melawat pakcik akak kat KB tu..

Percutian akak kali ni bersama2 sepupu2 akak and sorang makcik akak..so total sepupu sepapat 5 orang and makcik akak sorang jadilah 6 orang gadis bercuti bersama..sepupu akak sorang nama emy tu memang sebaya dengan akak and memang kaki berjalan gak...kampung no. 2 dia Seoul, Korea..tiap2 tahun repeat gi sana...huhuhu akak tak mampu uollsss..

Kitorang semua naik flight ke KB dulu, then from airport KB naik transport hotel yang dah diarrange awal2..flight of courselah naik flight tambang murah Air Asia uollsss..Nak murah punya pasal ambik yang awal pagi giler..sepupu2 and makcik akak dah tido kat airport dari malam tu..akak mintak tolong adik akak si Mastura hantar...akak upah dia hantar akak...tak gigih akak nak tido airport ...huhuhu...Budget nanti akak cerita details last sekali...then van yang hotel arrange dah tunggu so kitorang pun terus naik van jer...tak nak buang masa kat airport..lagipun nak sampai awal kat pulau..

Dari airport KB nak ke jetty Kuala Besut tu ambik masa sejam jugak..adalah singgah jap beli keropok lekor and sata buat makan kat pulau nanti..or buat makan atas bot kalau lapar...hehehe..so dah sampai jetty kena beli dulu tiket marine conservation harga RM5. Tiket ni wajib beli nak masuk pulau..yerlah, nak jaga PP tu ingat senang? Nak bagi cantik supaya ramai yang datang tu perlukan kos yang tinggi...akak pernah tengok kat TV ada satu rancangan apa entah bagitau macam mana diorang cantikkan pulau, jaga terumbu karang and macam2 lagilah supaya divers and snorkelers seantero dunia nak datang ke PP tu...

Ni gambar baru sampai 




Perjalanan dari Jetty Kuala Besut nak ke Cocohut Chalet ni ambik masa lebih setengah jam dekat 45 minit gak kot...akak lupa tengok jam, boleh? Excited sangat kan...hahahaha..kitorang ambik package Cocohut Chalet ni sebab malas nak pikir banyak...agak mahal sikit berbanding kalau pergi sendiri tapi akak boleh cakap yang berbaloi sangat2 ambik package ni...sebab dari airport sampai balik ke airport balik semua dah include..kau bayar sekali jer awal2 tu, makan, tempat tidur and aktiviti 2 hari tu dah cover semua..so no hassle lah...and the best thing is bilik dia sangat dekat ngan tempat makan @ lobby dia and betul2 keluar pintu pantai depan mata...kiranya dari pintu bilik nak ke pantai tak sampai 15 langkah kalau langkah akaklah...and tempat rehat dengan pokok2 kelapa merendang memang depan mata akak jer...my dream came true that day...huhuhu...rasa nak nangis pun ada...i'm truely happy...over kan akak..emosi terlebih..

Nilah chalet kitorang...

Chalet ni kitorang ambik 2 bilik so 1 bilik duduk 3 orang..satu bilik ada 2 katil queen...akak dok sorang...tak kongsi...hehehe..mmemang sangat selesa bagi akak..bilik air pun besar and bersih...senang cerita akak puas hatilah...aircond pun ada 24 jam...iru yang penting...akak tak suka panas okeh...padahal dok snorkeling tu panas nak mampus ok jer...then lepas dah check in and letak barang, kitorang get ready plak nak makan tengah hari..harus diingatkan, kitorang ambik full board so memang makanfull..hari first, lunch and dinner..hari kedua breakfast, lunch and bbq dinner..hari last breakfast sahaja sebab pagi dah balik..

Makanan dia jangan ceritalah...sangat banyak and sedap okeh...sampai tak larat nak makan sotong bagai and makanan laut yang lain...kalau makan kat luar, mau sekali makan kena dekat RM200 or lebih..lepas dah makan, kitorang pun siap2 solat and sedia nak pergi snorkeling tengok penyu..akak yang takut nak snorkeling ni gigih jugak pergi sebab nak cabar diri sendiri...menjerit2 akak mula2 nak snorkeling tu...panik sebab takut lemas...padahal kaki boleh jer jejak and pakai jaket keselamatan lagi...abang wan yang bawak kitorang tu kata yang penting ialah jangan panik...dia follow jer and pegang jer akak sepanjang snorkeling tu sebab takut akak panik..

so, akak dengan jayanya dapat terjun dari bot masuk ke tengah2 laut sebab nak tengok penyu punya pasal...tiba2 penyu yang diam kat dasar tu naik ke permukaan...rezeki akak and group lain dapat tengok penyu life depan mata and pegang penyu tu...takderlah pegang beria uolllsss...akak sipi2 jer pegang...besar kot penyu tu..nak sama besar ngan badan akak...ker lebih besar?? lupa plak..lepas tu pergi port lain plak nak snorkeling...akak follow terjun jer semua tempat dia bawak..tengok shark bagai...saper yang ada luka2 berdarah tak payahla turun kalau kat shark point tu...takut kang dia teruja plak datang dekat kau jugak yang takut kang...dah lumrah dia tak boleh bau darah...

sampai petang, so kitorang baliklah chalet dengan hati yang gumbira tapi penat gak...yerlah dok terkapai2 tengah laut tu kau ingat tak perlu tenaga? apa2 pun, akak puas hati..thanks to abe wan banyak tolong kitorang..malam tu aktiviti bebas..kitorang kepenatan so lepas dinner terus masuk bilik tidur...angan2 nak jalan tepi pantai time malam terkubur malam tu...ok kita sambung besok punya cerita plak..

Till then,
ADIOS

Update kisah FB & BF

Salam..

Kali ni akak tak nak sedih2 tulis entry..by the way, akak dah baik balik dengan BF akak Shah...baik gitu2lah...akak kan suka main lepas jer cakap tak ingat dunia akhirat bila tengah marah...

So, bila dah marah2 cakap main sedap hati and mulut jer, memang last2 akak yang menyesal tak sudah..sedih bagai tak tentu hala...tulah padahnya..padan ngan muka akak kan...huhuhu

Takperlah, benda dah jadi pun...akak take it as a lesson so lepas ni jangan nak gedik nak drama sangat walaupun takder niat pun nak drama bagai...just nak luahkan apa yang terpendam kat hati jer..

FB pun akan tak bukak sangat...akak tak komen and kalau komen pun, lepas tu akak ignore jer...malas dah nak pikir benda2 remeh macam komen fb ni..kita buat cool jer...hahaha

Oklah, entry pendek ni just nak bagitau yang akak dah baik dengan kawan akak...and quote akak ialah 'JANGAN SEBAB FB, HILANG BF'. Majulah setiakawan demi negara!!

Till then,
ADIOS

Wednesday 20 April 2016

Sebab FB, BF jadik mangsa..

Salam..

Ok tengok tajuk macam bangang jer kan...akak tengah sedih, sakit hati and rasa nak terjun bangunan pun ada...huhuhuhuhu...tapi nasiblah iman insyaaAllah masih tebal kat dada ni...tebal ker??

Sebab FB, BF jadik mangsa...FB disini merujuk kepada Facebook and BF disini bukan merujuk kepada BoyFriend ok...ianya merujuk kepada Best Friend..akak kan ada sorang BF nama Shah..kawan dari zaman belajar UiTM PLK lagi..dah dekat 8 tahun kawan...and kitorang dah kenal rapat perangai masing2 as to last 3 days..

Tapi baru2 ni lepas dia balik dari Philipines, akak adalah 3 kot keluar ngan dia..keluar melepas rindu and melepas marah sebab langsung tak contact akak time dekat philipines..semua terjawab bila dah jumpa and cerita kesengsaraan dia kat sana menyebabkan dia tak sempat bersosial bagai...akak ni percaya jer apa dia punya alasan as long as ada alasan..

Apa yang akak paling tak suka ialah bila akak whatsapp or call, langsung tak berjawab..and bila ditanya jawapan hanyalah sebab malas..huhuhuhu..akak faham dia bz and sebenarnya ada alasan lain tapi bila dia saja jawab macam tu, akak sedih...sebab dia langsung tak pernah cuba nak sedapkan hati akak...bila dah teruk sangat barulah keluar satu dua alasan yang sedap didengar..

Last week dia ada nak pergi Silom untuk sambut pesta Songkran bagai ngan kawan2 lelaki dia..oklah, akak tak kesah pun..yang akak kesah dia upload kat FB..hah didinilah bermula kesah sedih akak..sedih bagi akak jer, bagi orang lain takder maknanya..huhuhuhu nak nangis..

Ok, dia upload status then ada yang komen and dia reply komen orang tu...akak pun teringin nak komen..bila akak komen, dia tak reply or like...takper, bersangka baik Fiza..akak assume dia tak bukak FB..then ada 2 or 3 orang lagi komen lepas akak komen...yang sedih dan sakit hatinya ialah dia reply komen lepas akak and end up komen akak jer dalam banyak2 komen tu tak berlike or berreply.. faham ker idok?? apa masalahnya yang sampai macam tu sekali?? salhkah akak komen?? and susah sangat ker nak reply komen akak sedangkan yang lain kau dah komen? nak nangis lagi...

Oklah, akak saja cakap kat whatsapp untungla komen orang lain dapat reply komen aku jer tak reply...dia diam tak jawab...balik dari thailand tu, akak tanya plak bila dia kena balik philipines? minggu ni or minggu depan? tak berjawab jugak...akak sangat sakit hati...tido pun lepas dah puas nangis...and tiba2 terjaga pukul 3.30am and nekad nak putus kawan..

Maybe akak dah lama pendam kot...maybe akak tak boleh nak let go..sebenarnya akak ni marah kat diri sendiri..marah sebab tak reti nak kawal marah, tak reti nak jaga hati orang..tak reti nak jaga hati sendiri jugak..sensitif sangat...care benda2 yang remeh..well, maybe remeh kat mata orang but for me, benda kecik2 ni lah yang buat gaduh..buat sakit hati pendam...akak jadi sedih bila bagi akak, akak jer yang kena jaga hati orang, orang laian seem to take me for granted..takder pun nak jaga hati akak...semua ambik mudah jer...semua pikir macam akak ni takder perasaan...huh

Akak whatsapp Shah tu and cakap thanks for everything and I cant take it no more..and sorry..bila akak bangun pagi tu akak dapatlah reply dari dia...finally dia reply and cakap 'if i choose stupid comment on fb over our freindship, then its your decision, not mine!!..if you choose to have drama over all this, go ahead..its your life, not mine!! and lain2 lagi..and thats it..putuslah friendship kitorang..and i cant stop crying the whole day!! bila sorang jer nangis..

I lost my Best Friend over a night and he dont even try to make it up..salah akak sebab provoke dia..and now i'm regretting it!! I'd rather have no answer to my whatsapp or call and no reply on the fb or ig comment but knowing he will reply when he have the mood than now silent and knowing that he is no longer my friend..thats what FB done to me and my BF..nangis lagi sambil tulis ni..

Kadang2 akak terfikir, teruk sangat perangai akak ni ker sampai semua orang tak nak kawan ngan akak ni? Drama sangat ker akak ni sampai benda kecik pun akak sensitif sangat?? akak dah try nak jadi kawan yang baik and entahla..maybe still tak cukup for certain people..maybe the problem is me and not others..hope that one day, shah terbuka hati nak kawan ngan akak balik..(akak dah mintak maaf and ajak dia kawan balik but still no answer)..akak sayang kawan2 akak..diorang yang ada time akak susah and senang..huhuhuhu...doakan akak baik balik dengan my BF ok..go to hell FB...huh

Till then,
ADIOS

Tuesday 5 January 2016

Tutup buku lama 2015..Bukak buku baru 2016

Salam..

Dah berkurun tak hupdate blog ni..bukan bersawang lagi dah, berabuk, berdaki bagai semua ada,,
Banyak sangat nak cerita tapi cerita tu jadi basi kat kepala nak cari masa nak menulis..

Update akak tahun 2015

Akak dah tukat kerja pada bulan Mac 2015..setelah hampir 10 tahun berkhidmat di IRIS tu hah, akak finally buat decision nak blah..akak nekad nak carik kerja baru start awal 2015..apply sana sini..akhirnya awal bulan 2 akak dapat panggilan interview dari company Possimo kat Sri Rampai.. akak pun pergilah interview...masuk interview pukul 11 sampai pukul 1..hambik kau sampai 2 jam interview..akak pun tak ingat dah apa yang diborak dalam interview tu..

Selang seminggu akak dapat panggilan dari Possimo offer kerja tapi jawatan lain..Project Management Exec..akak mintak Service Desk dapat lain...tapi akak rasa akak boleh buat plus akak nak cari pengalaman baru...nak challenge diri akak untuk buat sesuatu yang akak tak pernah buat..
So, akak accept offer tu and terus bagi notis sebulan kat bos akak..tolak cuti yang sedia ada, akak just perlu kerja dalam 2 minggu jer lagi..Assistant Manager akak kata dia tak kesah asalkan ajar budak dia buat kerja akak...Manager akak tak kasi berenti, suruh akak stay kata akan bagi apa yang akak dapat kat company baru..setelah dekat 2 tahun akak mintak macam orang gila, di saat akak nak berenti baru kata boleh bagi..memang taklah akak nak stay...hati akak dah tawar nak kerja kat situ dah...terasa akak ni macam sampah pun ada..hahahaha

So, awal bulan 3 akak pun mulalah kerja di company baru yang 97% pekerja semua Melayu..Bosses semua melayu tapi Alhamdulillah akak suka kerja dengan company ni..dia minitik beratkan kebajikan pekerja dan bosses semua mesra rakyat..hehehehe..sekarang dah hampir 10 bulan akak kerja dan setakat ni ok jer..apa yang akak tak tahu, manager or director akak akan tunjuk ajar..FYI, akak takder senior sebab yang senior dah berenti bila akak masuk..so PM yang ada 3 orang termasuk akak semua baru..kitorang saling tolong menolong kaedahnya..enough on cerita kerja akak..

Tahun ni akak tak travel mana2 pun..just pergi Sibu, Sarawak..itupun sebab hantar mak akak gi duduk ngan bapak akak kat sana..bapak akak dah berenti Sabah Air and sekarang kerja ngan tauke balak kat Sibu tu..jauh sungguh bapak akak merantau nak carik rezeki...nasib anak2 semua dah besar pandai jaga diri...pandai ker??? hehehehe

How i miss travelling so much...so akak tahun ni buat kerja gila lagi...hujung tahun lepas Air Asia ada buat free seats offer..so akak pun dengan gigihnya membeli tiket2 dan mengajak kawan2 sedara mara yang kaki travel untuk follow akak...setakat ni perancangan travel akak seperti dibawah;

1. April - Pulau Perhentian
2. Julai - Jakarta, Indonesia
3. Ogos - Phnom Penh, Kemboja
4. October/November - Beijing-Xian, China

Yang atas ni dah beli tiket bagai..yang lain kalau tiba2 duit jatuh dari langit ker durian runtuh ker, akak beli jer and redah terus..sambil tu kumpul duit nak travel UK 2017...matilah berangan tak sudah..takper, bagi akak kena berangan dulu baru boleh nampak jalan nak tunaikan something...

Tahun ni akak ada azam baru, akak tak nak kurus dah tapi nak sihat...and akak nak usaha untuk kawin tahun ni jugak..ok, saper2 ada calon nak akak pertimbangkan jadik laki, bolehla bagitau akak..akak bukan desperate tau tapi just rasa dah sampai seru...gitu...plus akak nak sangat pergi umrah ngan husband akak..so, kenalah kawin cepat kan...doakan akak jumpa jodoh akak tahun ni yer..

OKlah, panjang lebar dah akak bebel bagai ni...nanti kalau akak rasa nak bebel lagi, akak tulislah...huhuhuhu...tak berani nak janji even kat diri sendiri sebab mood nak menulis tu entah bila2 jer boleh datang dan pergi...

Till then,
Adios