Sunday 21 December 2008

Tag...........about myself

Haruslah akak kena tag ngan fazilah kan....Tapi buatlah jugak kan coz akak pun dah lama tak update blog...

Nama timang-timangan anda dari orang tersayang.....
Family : Akak (Adik2)/ Fiza (Mak & Abah) / Along (Family Mak) / Ja (Family Abah)
Kawan2 : Fiza / Debab (kawan2 ktime kecik2 dulu)

Anda seorang yang.....Kekuatan and Kelemahan...
Kekuatan akak...apa yer...akak ni pandai motivate orang kot and peramah...
Kelemahan akak...terlalu susah nak marah orang and sangat senang terasa hati n nangis....

Makanan and Minuman Favourite Anda.....
Makanan : Makaroni Goreng and Telur (every type of telur okeh)
Minuman : Nescafe Tarik / Nescafe O panas

Favourite Colour.....
Brown

Favourite Song.....
1. Mostly lagu Mariah Carey...latest - Bye Bye
2. Uji Rashid - Semakin Hari Semakin Sayang (Ni lagu karaoke akak..)

Siapa yang membuatkan anda tergelak.....
1. Anjas (dari dulu sampai sekarang, kalau akak sedih, akak akan call dia sebab dia jer yg boleh buat akak gelak ketika sedih...walaupun sekarang dia jauh kat australia..)
2. Kawan2 UiTM - Afiq & Apis (Diorang ni kembar setan, so asyik nak tergelak bila tengok diorang)

Siapakah yang membuatkan anda stress.....
1. Bard (sebab dia tak paham2 perasaan akak inih)
2. Boss kecik & Boss Besar kat opis...(biasalah kan stress ngan boss)

3 benda yang mesti ada dalam beg anda.....
1. Purse
2. Handphone2 akak..
3. Apa2 yg boleh memberatkan handbag sebab akak tak suka bawak handbag ringan gitu..

Kali terakhir anda beriya-iya menangis. Kenapa?
Bila yer...akak ni selalu nangis so akak pun tak ingat bila...abaikanlah yer..

Perkara paling lucu dan memalukan dalam hidup anda.....
ialah sewaktu akak kuar ngan rakan2 belajar akak ke sunway pyramid bulan 10 rasanya...kitorang gi harvey norman then akak ternampak kerusi yg ala2 kerusi malas tu, so akak pun duduk and ejas2 lah kerusi tu...salah ejas, kerusi tu ternaik tempat letak kaki, then bila akk nak bangun, tak terbangun...semua orang harvey norman tu dah jeling2 akak...kawan2 akak beria2 menolong nak tarik akak...malu sangat tapi bila pikir balik, akak tergelak sorang2....

Tag 6 rakan anda.....
Akak tak tau nak tag saper...kalau...
Fazilah..- dah tentu dia yg tag akak kan takkan akak nak tag dia balik
Filla - Fazilah dah tag dia
Anjas - Dia mesti tak kuasa nak layan tag akak ni..
So, kesimpulannya biarlah tag ini berakhir disini...(nampak sangat akak tak ramai kawan dalam blog...)

Oklah, sampai sini sahaja entry akak dikali ini...Jumpa lagi..Adios

~Ganbatte Kudasai~

Monday 1 December 2008

malam bulan di pagar bintang..

Salam semua...

Kenapa tajuk entry akak ala2 jiwang ni??? Bukannya apa...malam tadi memang betul pun bulan dipagar bintang....Bulan malam tadi kat tempat akak ala2 bulan sabit and kedudukan bulan itu macam mulut yang tengah tersenyum kemudian ada 2 bijik bintang berkelipan di atas macam mata yang tersenyum....dari jauh nampak macam bulan ngan bintang tu tengah senyum kat kita....so peacefull....

Balik ke kisah bard plak..semalam semua orang tengah sibuk nak beli emas then sorang minah nama mawa ni tanyalah dalam email "semua orang nak beli emas ke?? oklah tu..." then si bard ni gi balas and tanya " mawa nak emas gak ker???..." seolah2 dia nak belikan plak...kat akak ni tak pernah la plak nak tanya macam tu walaupun dia tahu akak nak sangat cincin poh kong itew...korang mesti kata yang akak ni emosi terlampau kan...lantakla....lepas tu akak yang balas kata macam ni "hah mawa...cakap jer ko nak emas tu..bukan senang bard nak offer..."..lepas tu bard balas macam ni "bukannya nak belikan pun...just tanya jer....tak payah nak risau...."...hehe terus tarik balik sentap akak kat bard....nasib pandai pujuk...

Oklah, akak nak kuar lunch ni...ada kawan akak nak belanja makan pizza hut...murah rezeki akak minggu ni...asyik ada orang belanja jer...alhamdulillah...jumpa lagi ok...daaaaa

Adios
Ganbatte Kudasai