Tuesday 25 November 2008

mari pergi bercuti...

Selamat pagi....kenapa akak sekarang rajin update blog???? akak sendiri nan ado jawapannya...
akak tiba2 rasa macam nak pergi bercuti sorang2 untuk menenangkan jiwa akak yang tengah kacau ini...kacau disebabkan apa, akak sendiri pun tak tahu...perkataan "tak tahu" itu telah menjadi sangat sinonim dengan diri akak...seringkali kalau rakan2 baik akak terutama fazilah bertanyakan sesuatu kepada akak, jawapan yang akan keluar dari mulut akak ialah "tak tahu", "manalah aku nak tahu", "kau ingat aku tahu ker semua ni"...bilalah agaknya jawapan akak akan berubah kepada "hah aku tahu bla bla bla..."...akak ni jenis yang malas sebenarnya nak ambil tahu atau ambil pusing keadaan sekeliling akak...sebabnya keadaan dalam diri akak pun kurang terjaga inikan pulak nak sibuk keadaan sekeliling...

balik kepada cuti, fazilah ada ajak akak pergi cameron highland bersama filla and mazuan...akak boleh saja memandangkan cameron highland itu memang tempat percutian yang akak suka...suasananya yang sejuk dan nyaman...boleh merehatkan tubuh badan dan minda yang letih...sesuai jugak untuk mengubat hati yang lara...(lara ker hati akak???)...

pagi tadi akak bukak website air asia gitu...starting next year dia buat flight gi london...akhirnya, penerbangan yang memang akak tunggu2 telah tiba...akak call father akak, dia kata guna duit sendiri kalau nak pergi...huh keji sangat padahal memang patut pun...akak telefon fazilah jugak yang tengah sedap tidur...jawab pun hmmmm jer...akak tau dia tak dengar pun apa akak cakap kat dia...sorrylah fazilah, akak terlalu excited tu yang nak bagitau semua orang....marilah kita melawat london tahun hadapan...tambang just RM1500++++ sahaja pergi dan balik...***motip letak sahaja???

oklah, akak nak sambung kerja...bos kecik akak dah jeling2 gitu..argh pegi mampuslah..akak dah siapkan kerja akak so apa dia nak kesah kan...tapi tetaplah akak berenti disini...

adios
ganbatte kudasai

3 comments:

monstorious wife said...

sorry la weh.. td pg aku ngantuk gila.. hahaha..

Aku baru tgk berita.. Tapi flight date start 11 march.. Sempat lg ko nak kumpul duit.. sila guna duit bonus anda yang 1/3% tuh..haha

feeza_nwa said...

aku tengah pikir2 lagi..aku ingat nak gi lah jugak..tambangnya lagi murah dari pergi australia gitu...
huh tengah usha saper yg ada kat sana, so aku boleh merempat kat umah diorang..**matilah asyik nak free jer..

zFiELa FewRinA said...

uolsss nape i xtau yang nama i jd peserta percutian uolsske cameron..cepat..gerakk skang...xsabar dahnie..ooo g cameron letak nama i la..g uk ..diam2 jer pergi berdua..gile kejiuolss..

Kak fieza yangcomel..mana nye..kate nak crkan i boiprend..lama punya tunggu tapi NAN ADo..huh*mukakecewa...