Wednesday 21 October 2009

Pergi tak kembali...

Salam...

Sebelum akak menulis entry dikali ini, marilah sesaper yang beragama islam bersama2 menyedekahkan A-Fatihah kepada arwah pak teh akak. Semoga ronya aman dan tenang di alam barzakh..amin...

Semalam bersamaan dengan 21/10/2009 hari rabu...perginya seorang yang sangat dihormati oleh keluarga akak...Arwah pak teh yang sudah lebih seminggu tidak menjamah makanan ditambah pula dengan sakit2nya yang lain telah menghembuskan nafas beliau yang terakhir didalam ambulans ketika dalam perjalanan ke hospital...Tepat jam 12.30 tengah hari, akak mendapat panggilan telefon dari father akak mengatakan yang pak teh dah tiada...terkejut dan terpana akak sebentar tatkala itu...

Tidaklah akak ini sangat mesra dengan arwah tapi arwahlah yang telah banyak membantu keluarga akak dikala kesusahan dan musibah serta merai kami semua apabila ada kesenangan atau kegembiraan yang harus dirai..tatkala emak akak tiada tempat berteduh ketika dihalau keluar oleh keluarganya sendiri, arwah dan mak teh lah yang memberi bantuan..diberi tempat berteduh dan makan minum yang cukup...setelah emak dan abah akak berkahwin, ketika saat duit kurang mencukupi, arwah lah yang selalu menghulurkan bantuan..disaat akak mendapat keputusan yang cemerlang, arwahlah antara yang meraikan keputusanku itu...disaat akak melanjutkan pelajaran ke UiTM Jengka, arwah dan keluagalah yang datang dari jauh melawat ku disana...dikala keluarga akak membuat majlis kenduri atau open house, arwah tak pernah tidak hadir biarpun keadaan kesihatannya kurang memuaskan..banyaknya jasa yang ditabur arwah dan keluarga takkan akak lupa sampai bila2...

Sayu sangat hati akak melihat dan mendengar tangisan anak2 arwah iatu adik2 sepupu akak..dua yang akhir seorang d upm dan seorang lagi di uitm..tak dapa dibayangkan perasaan mereka dikala peperiksaan akhir universiti akan berlangsung sekitar minggu hadapan sahaja..Ya Allah, tabhakanlah hati mereka untuk menghadapi semua ini...sayu lagi bila anak perempuan sulung memeluk akak meratap hiba kehilangan ayah tercinta..manaka akak bisa menaahan air mata dari tumpah mendengar tangisan mereka di bahu akak....bila melihat abg2 sepupuku tabah dan kental menahan air mata dari jatuh kerana takut ibu mereka bertambah sedih melihat kesedihan anak2...dan sangatlah sayu hati akak bila melihat betapa lemah dan tidak bermayanya mak teh disisi arwah membacakan surah yassin...Ya Allah..tabahkanlah hati keluarga arwah.....itu saja yang mampu akak lakukan..berdoa dan berada disamping mereka...

Nasiblah cuti akak tidak banyak dan minggu ini adalah minggu yang paling sibuk untuk akak...banyak presentation dan test 2 bagi dikampus manakala banyak barang untuk direpair dan report harus disiapkan di tempat kerja...kalau tidak kerana semua itu, akak sanggup menghabiskan cuti akak semata2 untuk bersama2 keluarga mak teh di saat2 getir ini...oklah, akak harus menyiapkan laporan untuk presentation akak di malam ini..doakan akak sukses...

Adios

No comments: